Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu 2019

Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu 2019

Program Jelajah Keamanan Kelana Sabah Bersatu adalah program yang telah dianjurkan oleh Pasukan Pengakap Kelana 'B' Udara Banzai Rovers Kinabatangan. Program ini juga turut dibantu oleh krew Arkana Rovers dan Delta Rovers menjadi petugas aktiviti sepanjang program berlangsung. Jelajah Keamanan ini melibatkan pemimpin-pemimpin dan ahli pengakap lain dalam daerah Kinabatangan.


Program ini dilaksanakan adalah untuk mencapai keinginan slogan "Kelana Sabah Bersatu" yang mana ahli pengakap kelana dalam daerah Kinabatangan ini mempunyai pelbagai suku kaum dan agama. Jelajah Keamanan ini memberikan ruang untuk semua ahli pengakap supaya bekerjasama antara satu sama lain, mengeratkan hubungan persaudaraan pengakap dan menolong orang pada setiap masa tidak kira dimana sahaja berada.


Jelajah Keamanan ini telah dijalankan selama 5 hari iaitu bermula pada 23 September 2019 hingga 27 September 2019. Kami memilih tarikh ini kerana ia bersesuaian dengan tarikh Bulan Keamanan Sedunia yang dianjurkan pada bulan September tahun 2019 dan tarikh ini memudahkan pengakap kanak-kanak sekolah untuk menyertainya.


Bagi lokasi program ini telah melibatkan sebanyak 5 buah sekolah berbeza di Kinabatangan. Pada 23 September sekolah pertama diadakan di SK Jaya Baru. Kemudian, pada 24 September beralih ke SK Bukit Garam 2 dimana sekolah itu hanya mempunyai 2 unit pengakap sahaja iaitu pengakap kanak-kanak dan pengakap khas. Selepas itu bagi tarikh 26 September pula sekolah yang kami kunjungi ialah SK Singgah Manis dan pada tarikh 27 September lokasi terakhir sekolah yang kami pergi adalah di SK Kuala Suan Lamba dan SK Kampung Suan Lamba secara serentak di dua lokasi yang berbeza.


Seramai 174 peserta yang telah mengikuti program ini termasuklah ahli pengakap kelana, pemimpin, pengakap kanak-kanak dan pengakap khas. Ahli pengakap kelana secara langsung menjadi petugas dalam program ini dan pengakap kanak-kanak serta pengakap khas telah dipilih oleh pemimpin mereka sendiri untuk mengikuti Jelajah Keamanan ini. Pihak penganjur bertanggungjawab untuk memastikan semua peserta terlibat secara langsung dalam program ini.


Tambahan pula, program ini menjalankan aktiviti seperti mewarna poster, kolaj keamanan dan membuat kad ucapan keamanan. Pihak penganjur juga menyediakan bahan untuk menjalankan aktiviti tersebut seperti gunting, gam, kertas A4, kertas warna untuk aktiviti kolaj keamanan dan kertas A4 yang mempunyai lakaran hitam putih untuk logo MoP. Pasukan pengakap kelana 100% menjadi petugas untuk membimbing dan membantu pengakap kanak-kanak serta pengakap khas dalam menjalankan semua aktiviti selama program dijalankan.


Lebih 200 peserta telah menyertai program ini di keseluruhan lokasi program dan seramai 174 peserta telah berdaftar untuk mendapatkan lencana 'Messenger of Peace'. Jumlah perjalanan untuk program ini untuk keseluruhan lokasi termasuk perjalanan pulang adalah sekitar 210 KM. Pasukan Pengakap Kelana 'B' Udara Banzai Rovers serta Arkana Rovers dan Delta Rovers, bersama Kumpulan Pengakap Kanak-Kanak 09,10,13,25,27 dan Pasukan Pengakap Khas 31 mewakili Kelana Bersatu Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat kerana telah bertungkus lumus menjayakan program Jelajah ini dengan jayanya.

Started Ended
Number of participants
174
Service hours
6264
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share