Jambori Pengakap Kedah ke -5 & Persaudaraan Antarabangsa Tahun 2017

Jambori Pengakap Kedah ke -5 & Persaudaraan Antarabangsa Tahun 2017

Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izinNya saya dapa penyertai Jambori Pengakap Negeri Kedah dan Persaudaraan Antarabangsa bagi Tahun 2017. Program ini merupakan satu program yang saya dapat katakan satu program yang besar bagi sebuah Negeri. Ini kerana penyertaan yang diperoleh berdasarkan pendaftaran, penyertaan bagi Jambori ini adalah seramai 4383 orang yang terdiri dari ahli pengakap Negeri Kedah khususnya dan penyertaan dari luar seperti negeri Johor, Perak, Selangor dan lain-lain. Selain itu juga terdapat penyertaan dari negara Indonesia, Thailand, Korea, Amerika Syarikat, Jepun, dan Italy. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan selama seminggu diantaranya dari aktiviti, indoor, outdoor serta keluar melawat di Alor Setar & Thailand. Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu YAB Dato, Seri Mahazhir Bin Khalid. Diantara VVIP yang turut hadir ialah Dato, Zaini Jaafar (Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah) dan Datuk Seri Hj Shafie Bin Salleh (Ketua Pengakap Negara)

 

Started Ended
Number of participants
4383
Service hours
157788
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Communications and Scouting Profile
SDGS

Share via

Share