Jambori Malaysia Ke-13 dan Jambori Antarabangsa Kuala Lumpur 2016
Jambori Malaysia Ke-13 dan Jambori Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 berlangsung di Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur, Malaysia. Dalam Jambori ini, saya mengambil bahagian sebagai petugas elektrik. Walaupun sibuk bekerja dengan memastikan tidak putus elektrik dalam kawasan jambori, saya dengan Kumpulan Pengakap Kelana 'C' Batu juga sempat berkhidmat dengan memberi air suam dan air tebu secara percuma. Hal ini kerana cuaca di sini amatlah panas dan semua peserta kepenatan dengan pelbagai aktiviti yang diadakan oleh tuan rumah. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk memberi air tebu secara percuma. Semua peserta tanpa mengira agama, bangsa dan budaya datang ke tempat kami untuk mengambil airnya.