JAMBORI KEBANGSAAN KE-13 DAN JAMBORI ANTRABANGSA KL 2016
Jambori Kebangsaan Ke-13 dan Jambori Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 di Taman Metropolitan Batu pada 24 November - 1 Disember 2016. Berkhidmat sebagai Petugas Jambori iaitu membantu urusetia bagi proses pendaftaran peserta, bertugas sebagai Petugas Aktivti Kembara Alam yang melibatkan aktiviti kembara di Bukit Dinding dan Bukit FRIM. Selain itu, mengikuti majlis perasmian Jambori, lawatan ke pameran, gerai jualan, lawatan ke kontingen jambori, menghadiri Rovers Reunion, Indaba serta Gewell Reunion dan menghadiri high tea di Kontinjen Negeri Sarawak. Jembori kali ini disertai seramai 8,000 orang peserta dari seluruh negara termasuk negara luar seperti Indonesia, Singapura, Sri Langka, Kenya, Brunei dan sebagainya.
PPM KLKM menghantar seramai 30 orang pemimpin dan kelana yang ditugaskan sebagai International Service Team (IST), Petugas Pendaftaran dan Pengurusan serta Petugas Aktiviti Kembara. Antara daerah PPM KLKM yang terlibat ialah KLKM PSA, KLKM PSAS, KLKM POLISAS, KLKM PMM, KLKM PMU, KLKM PKB, KLKM PMS, KLKM UPM dan KLKM UCSI.