
JAMBORI 1 MALAYSIA : HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Program ini merupakan anjuran PPM dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan bersempena Sambutan Hari Belia Negara. Pada tahun ini, program ini menjemput jutaan belia untuk hadir memeriahkan lagi sambutan tersebut. Tujuan sambutan ini dilaksanakan bagi meraih sokongan golongan muda dan membuka minda mereka bahawa kepentingan mereka adalah mustahak bagi membangunkan negara. Pada tahun ini, Pengakap 20 telah menyertai satu acara bersejarah iaitu Malaysia Book Of Records, Kawad Kaki Berirama Teramai di Malaysia.