
Jamboree Pengakap Malaysia ke-13
Jamboree ini merupakan perhimpunan erbesar yang saya sertai. Dalam perhimpunan ini saya dan beberapa orang sahabat dari KLM21 telah menjadi urusetia sepanjang jamboree ini berlangsung. Banyak aktiviti yang disediakan kepada para peserta. Berdasarkan maklumat yang saya dimaklumkan, seramai 7410 orang peserta dari beberapa buah negera telah menyertai jamboree ini. Saya juga dapat menambah kenalan dari luar negara seperti dari Indonesia, Brunei, dan negeri-negeri yang lain. Banyak kenangan yang terpahat dalam jamboree ini dan apa yang paling saya kenang adalah dapat bertemu dan bertukar pendapat dan nasihat dari YBhg Tan Sri Dato' Sri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh. Kenangan ini akan saya jadikan motivasi buat saya dalam memimpin Pengakap di sekolah satu hari nanti.