Jamboree Kedah
Malaysia

Jamboree Kedah

Program ini adalah program yang dijalankan dua tahun sekali di setiap negeri di Malaysia. Program pada kali ini mendapat sambutan dari pelbagai daerah di Kedah. Antara daerah yang terlibat ialah Kuala Muda, Kulim, Yan, Baling, Kota Setar dan lain lain. Program yang dijalankan selama 4 hari 3 malam ini mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti base camp ialah masakan rimba, orienteering, pioneering, explorace, dan banyak lagi. Aktiviti yang disertai lebih dari 500 orang ini mendapat sambutan yang begitu memberasangkan. Antara objektif perkhemahan ini ialah merapatkan hubungan antara pengakap di sekitar Kedah dan program ini telah mencapai objektifnya. Selain itu, pada malam kedua perjumpaan kelana kedah buat pertama kalinya telah Berjaya diadakan. Himpunan kelana itu mendapat sambutan dari seluruh kelana di sekitar kedah. Program ini secara keseluruhannya mencapai objektif.
Started Ended
Service hours
70
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety
SDGS

Share via

Share