If There’s A Will. There’s A Way
‘team management’ telah berkumpul dan bercadang untuk membantu team sponsor, bagi mengumpul dana dari kalangan pelancong yang terdapat di pelusuk Kuala Terengganu, terutamanya di kedai-kedai sekitar pasar payang. Team kami akan menjalankan operasi pengumpulan dana selama dua jam sahaja, manakala ‘team sponsor’ akan meneruskan lagi pencarian dana di setiap kedai-kedai.
Banyak pengalaman yang kami peroleh sepanjang berada di pasar payang, di mana, ada segelintir pelancong yang amat tertarik dengan projek yang bakal kami lakukan ini, manakala ada segelintir yang acuh tak acuh sahaja mendengar penceritaan daripada kami. Kami bersifat terbuka, kerana tidak semua orang akan terima atau faham dengan aktiviti/ projek yang bakal team swa kami akan jalankan. Bagi kami, dengan sedikit penceritaan atau penjelasan dari pihak kami dapat membuka mata para pelancong serta penduduk di Kuala Terengganu tentang kepentingan cahaya dan membantu mereka yang lebih memerlukan. Namun begitu, dengan dana ini, kami dapat membuat projek rintis pertama yang bertempat di Kampung Vietnam, Bidong dan projek yang sebenar akan dilancarkan di Hutan Selai Bekok, Rompin, Johor. Namun Begitu, kami tetap berpuas hati dengan hasil dana yang kami peroleh pada hari ini. Ini kerana, banyak pengalaman yang dapat kami peroleh serta menambah keyakinan diri untuk bercakap dengan orang luar.
Selepas itu, kami semua akan pergi mengutip dana dari setiap blok ke setiap blok yang lain yang terdapat di UMT. UMT mempunyai beberapa buah blok kediaman yang Berjaya kami mengumpul dana antaranya, blok Ibnu Majjah, Ibnu Abbas, An-Nasai, Ibnu Jarar, At-Tabrani, Blok B1, dan Blok B2. Setiap blok akan dipecahkan kepada beberapa bahagian, jadi proses pengumpulan dana dan sedikit penerangan aktiviti yang bakal dijalankan dapat berjalan lancar dan lebih cepat.
Pada kali ini, kami akan mengambil masa selama dua jam bagi proses mengutip dana ini. Berikut, kami semua berbesar hati, kerana setiap bilik yang kami pergi paham akan projek yang bakal kami jalankan dan ada yang menghulurkan sumbangan ikhlas kepada kami. Ada juga yang amat tertarik sehingga menanyakan jika projek ini dibuka untuk orang ramai tidak. Setelah, sedikit penerangan yang diberikan kepadanya, akhirnya dia faham dan akur serta tidak lupa untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada team kami untuk terus maju dan berjaya dalam mmenyiapkan projek ini.