
Hiburan di Hari APC
Pada hari ini, saya telah menerima satu jemputan dari dua orang pensyarah untuk membuat persembahan pada hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat institut. Persembahan pada hari ini adalah sebagai hiburan semasa sesi penerimaan APC bagi pensyarah-pensyarah dan staf-staf yang cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Persembahan bagi anugerah ini telah diadakan di Dewan Datin Dr. Rohani Abdul Hamid.