
Hentian 4 : Jelajah Keamanan Messengers of Peace
Seminggu lagi kita bakal menyambut Hari Keamanan Antarabangsa 2018. Sebelum itu, saya bersama Jawatankuasa Messengers of Peace Negeri Terengganu mengadakan Jelajah Keamanan MoP ke setiap daerah di negeri Terengganu. Pada hari ini, kembara kami menuju ke SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus.
Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dan pemimpin Pengakap telah menjayakan jelajah pada kali ini. Jelajah ini bertujuan memperkenalkan Mesengger of Peace dan memberi tunjuk ajar penggunaan laman sesawang scout.org. Tidak terhad kepada ahli Pengakap sahaja, jelajah pada kali ini turut disertai oleh para peserta dari unit beruniform yang lain iaitu Pandu Puteri.
Nantikan kami di destinasi yang seterusnya di SMK Tengku Lela Segara, Marang