
Hentian 3 : Jelajah Keamanan Messengers of Peace
Pada 4 September 2018 menjadi detik bersejarah bagi SMK Ketengah Jaya, Dungun kerana menjadi destinasi seterusnya bagi Jelajah Messengers of Peace Negeri Terengganu. Jelajah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa MoP Negeri Terengganu bersempena Hari Keamanan Antarabangsa yang bakal disambut pada 21 September 2018.
Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dan pemimpin Pengakap telah menjayakan jelajah pada kali ini. Jelajah ini bertujuan memperkenalkan Mesengger of Peace dan memberi tunjuk ajar penggunaan laman sesawang scout.org.
Nantikan kami di destinasi yang seterusnya di SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus