Hentian 1 : Jelajah Keamanan Messengers of Peace

Hentian 1 : Jelajah Keamanan Messengers of Peace

Tanggal 28 Ogos 2018 menjadi detik bersejarah bagi SMK Kompleks Tok Adis kerana menjadi destinasi pertama bagi Jelajah Messengers of Peace Negeri Terengganu. Jelajah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa MoP Negeri Terengganu bersempena Hari Keamanan Antarabangsa yang bakal disambut pada 21 September 2018. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dan pemimpin Pengakap telah menjayakan jelajah pada kali ini. Jelajah ini bertujuan memperkenalkan Mesengger of Peace dan memberi tunjuk ajar penggunaan laman sesawang scout.org. Tidak terhad kepada ahli Pengakap sahaja, jelajah pada kali ini turut disertai oleh para peserta dari unit beruniform yang lain seperti Pandu Puteri, Puteri Islam, Kader Remaja Sekolah & Kadet Bomba. Nantikan kami di destinasi yang seterusnya di SMK Matang, Hulu Terengganu
Number of participants
1
Service hours
4
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share