HELPING HANDSSUKARELAWAN PPNBDCIC MAHAD/CHAM
Gelombang ke dua (2) Covid 19 Delta Variant telah melanda Negara Brunei Darussalam pada 7hb Ogos 2021. Saya menyahut seruan untuk bertugas sebagai Sukarelawan PPNBD untuk berkhidmat pada masyarakat dalam apa jua bentok tugasan. Sebagai seorang ahli AIS (ADULT IN SCOUT) / Pemimpin, saya ingin juga memberi contoh atau role model yang terbaik bagi ahli ahli pengakap yang lain am nya.
Kami telah di beri tanggung jawab oleh pihak OPS CELL NIC MAHAD, iaitu ketika menerima setiap sumbangan berupa makanan dan minuman dari orang awam kami akan segera menghantar sumbangan sumbangan tersebut ke tempat yang telah di khaskan seperti ke bilik simpanan makanan dan stor perubatan. Setiap sumbangan adalah khusus untuk sukarelawan, petugas petugas, pesakit dewasa dan kanak kanak.
Menjadikan urusan kerja dalam menerima bantuan dan penyerahan lebeh mudah dan teratur. Hubungan / komunikasi dua hala lebeh mesra.
Memberi kesedaran tentang perlunya sifat keperihatinan sesama manusia dan sangat penting mengikut arahan, peraturan yang telah di tetapkan dalam SOP.