Heading to Kuala Lumpur

Heading to Kuala Lumpur

Pada 3 Ogos 2018, kami telah berangkat ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan koordinator SWA, iaitu Tuan Amir Hamzah bin Aman di Kuala Lumpur. Seramai 8 orang yang terdiri daripada team UMT dan Team UTHM yang menyertai perjumpaan ini.  Sebelum berjumpa dengan Tuan Amir, kami telah mengadakan perbincangan ringkas yang bertempat di Perpustakaan Negara bagi membincangkan tujuan tujuan utama ke Kuala Lumpur dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Perjumpaan dengan Tuan Amir ini bertujuan untuk bertanyakan dengan lebih lanjut kepada Tuan Amir tentang projek SWA yang akan dibuat nanti di Kampung orang Asli PETA, Endau Rompin, Johor, masalah-masalah yang kemungkinan akan berlaku dengan projek ini dan lain lain lagi. Perjumpaan ini telah berjalan kira kira tiga jam di bilik mesyuarat sana. Semasa perbincangan, Tuan Amir telah memberi nasihat dan tunjuk ajar cara menulis laporan, dan aspek-aspek yang penting yang perlu dititikberatkan dalam menjayakan projek ini. Kami juga telah menanyakan hal yang berkaitan dengan proposal sama ada perlu ditambah baikan lagi atau tidak. Selesai perbincangan yang dilakukan, kami mengucapkan terima kasih kepada Tuan Amir kerana sanggup meluangkan masanya dengan kami demi projek yang akan dilakukan nanti

Number of participants
8
Service hours
48
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share