
Hari Keamanan Sedunia “Kami Bertekad Untuk Menjaga Keseimbangan Alam”
SK Seri Tanjong, Batu Pahat, Johor : Sepanjang bulan ini kami seramai 11 orang murid tahun 6 ahli pengakap bersama-sama murid yang lain bersama-sama menanam pokok bunga, pokok herba untuk tujuan keceriaan sekolah. Aktiviti ini dijalankan dengan bermula idea sempena hari keamanan sedunia. Bermula dari kawasan lapang cuma yang ada pohon palma dan dikelilungi pokok kemboja, kami bertekad dan sedang terus berusaha menanam pokok-pokok renek bagi memenuhi ruang-ruang kosong.
Menariknya, kami turut menggunakan bahan-bahan terpakai seperti tayar kereta, botol plastik, kayu pallet untuk tujuan tersebut. Ayuh, marilah sama-sama kita pelihara udara disekeliling kita bagi memastikan kehidupan yang lebih baik.
Selamat Hari Keamanan Sedunia dengan tema tahun ini “Shaping Peace Together"