
HARI DERMA DARAH KLKM USM BERSAMA HOSPITAL PULAU PINANG
Hari derma darah KLKM USM bersama Hospital Pulau Pinang telah diadakan di Pusat Sejahtera, USM.
Program ini telah berjalan dari pagi hingga ke petang. Program derma darah ini bukan saja mendapat sambutan dalam kalangan para pelajar malah golongan staf USM turut menderma. Meskipun terdapat beberapa orang yang kecewa disebabkan tidak dapat menderma kerana tidak memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan, tapi jumlah yang dapat menderma sangat tinggi. Menderma bukan saja dapat membantu orang lain, tetapi secara tak langsung ia turut menyihatkan diri kita.
Jadi apa tunggu lagi, mulakan sekarang!
Apa jua darah anda. Anda adalah wira!
Jom pakat derma darah!