Malaysia

THE FUTURE OF ENERGY:SCOUTS GO SOLAR

Program webinar Scout Go Solar yang saya hadiri telah banyak memberi maanfaat terhadap saya terhadap kegunaan dan kepentingan tenaga solar. Tenaga solar atau juga boleh dikenali sebagai tenaga suria adalah tenaga yang menggunakan sepenuhnya cahaya matahari. Program ini telah memberi pendedahan kepada saya tentang matahari adalah sumber kehidupan. Contoh-contoh peralatan yang menggunakan tenaga solar adalah seperti kalkulator, power bank, lampu solar dan sebagainya. Kelebihan menggunakan matahari sebagi sumber kehidupan seperti tidak mencemarkan alam sekitar dan menjimatkan kos. Namun ia juga mempunyai keburukan seperti bergantung sepenuhnya terhadap matahari dan memerlukan kos awal yang tinggi

Selain itu, program tersebut juga memberi pendedahan tentang impak matahari pada kesihatan dan alam sekitar. Impak tersebut dapat dilihat melalui kelebihan dan keburukan. Kelebihan matahari pada kesihatan dan alam sekitar yang terpenting adalah cahaya matahari sebagai sumber vitamin D yang percuma. Vitamin D boleh diperolehi melalui pendedahan muka, tangan, belakang badan selama 5 hingga 30 minit antara 10 pagi hingga 3 petang. Aktiviti tersebut boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Namun sekiranya, pendedahan cahaya matahari  secara mendadak akan menyebabkan mengalami stork haba. Strok haba akan berlaku sekiranya suhu badan meningkat sehingga 41'c. Biasanya perkara ini berlaku akibat terdeah terhadap cahaya matahari yang panas secara berterusan. Antara tanda-tanda awal yang daapt dikesan seperti suhu badan melebihi 39'c, tekanan darah rendah, pengsan dan sebagainya. Bagi menghindari strok haba daripada berlaku, terdapat cara untuk menghindarinya. Cara tersebut adalah seperti memperbanyakkan minum air mineral, pakai payung agar dapat mengelakkan daripada haba matahari ters ke badan. Selain itu juga boleh memakai losyen pelindung suria bagi melindungi kulit daripada terus cahaya matahari. 

Di samping itu, program tersebut juga telah menyedarkan saya bahawa pentingnya menjaga bumi dari penapisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau. Lapisan ozon adalah befungsi sebagai menapis sinaran ultra ungu (UV) yang berbahaya sampai ke bumi. Hal ini kerana, UV mengandungi CFC yang berbahaya terhadap manusia dan juga alam sekitar. Kesan yang dapat dilihat sekiranya berlakunya penipisan lapisan ozn adalah kanser kulit, ketarak, hasil pertanian menyusut dan sebagainya. Antara punca yang boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon seperti pembebasan gas nitrogen, karbon dioksida, CFC dan lain-lain lagi. Namunpun begitu, sinaran UV juga terdapat impak positifnya. Hal ini jelas dapat dilihat dalam bidang perubatan seperti merawat penyakit eksema, penyakit kuning, riket dan sebagainya. 

Siri webinar seterusnya adalah bertajuk tentang kegunaan tenaga solar. Tenaga solar dapat digunakan melalui dua cara iaitu menggunakan solar terma dan juga solar potovoltaik (PV). Kedau- dua solar tersebut tenaganya boleh digunkan secara terus atau disimpan sebagai simpanan perantaraan tenaga iaitu tenaga haba dan tenaga elektrik. Antara kegunaan tenaga solar yang menggunakan solar terma dapat digunakan sebagi untuk memasak, memanaskan air dan lain-lain lagi. hal ini kerana, tenaga hanya mempunyai kuantiti yang sedikit. Manakal solar PV yang lebih banyak menggunakan dan menyimpan tenaga solar sering kali digunakan untuk kuantiti yang lebih besar. Hal ini kerana, solar PV digunakan untuk menukar secara terus tenaga cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik. Kegunaan tenaga solar di Malayisa dapat dilhat untuk lampu solar, lampu isyarat solar dan turut digunakan dikawasan pertanian. Hal ini dapat menjimatkan kos elektrik, meningkatkan kualiti pengudaraan dan lain-lain lagi. Komponen yang digunakan untuk menggunakan tenaga solara seperti panel solar, bateri dan inverter. Untuk meningkatkan penggunaan tenaga solar di kalangan masyarakat terdapat beberapa kempen yang dijalankan. contohnya, "Green Point With Solar Energy", "Solar Cooking Public" dan juga "SolarCharging Station". Kempen tersebut dapat menarik semua minat lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak sehingga peringkat dewasa. 

Kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa matahari adalah merupakan sumber yang terpenting dalam kehidupan masyarakat. Hal ini dapat dilihat matahari yang ditukarkan kepada tenaga solar banyak memberi manfaat terhadap manusia dan juga alam sekitar. oleh itu, kita hendaklah mempunyai tanggunjawab dalam memupuk tentang kepentingan matahari terhadap generasi baru. 

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
18
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
SDGS

Share via

Share