THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR

LAPORAN THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Di sini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya dalam menyertai webinar The Future of Energy Scout Go Solar yang telah diadakan selama 3 hari. Webinar ini dilaksanakan dari 18 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020. 3 hari siri webinar ini merangkumi 4 tema. Tema yang pertama ialah Matahari Adalah Sumber Kehidupan, tema kedua dinamakan Impak Matahari Pada Kesihatan dan Alam Sekitar, tema ketiga Kegunaan Tenaga Solar dan tema terakhir iaitu tema keempat adalah Go Solar.

            Tema 1 iaitu Matahari Adalah Sumber Kehidupan telah disampaikan oleh Puan Nor Azlin binti Mat Nor. Beliau merupakan Penolong Kanan Pemimpin Pasukan Pengakap B – Blackflurry Pasir Mas Kelantan, Penolong Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri Kelantan – Scout Of The World Award dan Penolong Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan – Scout Go Solar. Tema 1 ini berkaitan dengan warna dan haba, seni dalam solar, jam matahari, belalang solar, sumo solar dan Bull Eyes. Puan Azlin juga menerangkan potensi projek yang boleh dilaksanakan seperti pondok solar, lampu solar dan Installation Solar Panel. Seterusnya, apa yang saya dapat dalam tema ini adalah tenaga suria atau tenaga solar merupakan teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari seperti pemanasan, generasi elektrik dan penyahmasinan air laut. Puan Azlin juga menerangkan tentang tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. Tenaga yang boleh diperbaharui terdiri daripada cahaya matahari, biojisim, hidroelektrik, hujan, angin dan lain-lain manakala tenaga yang tidak boleh diperbaharui terdiri daripada petroleum, nuklear, gas asli dan arang batu.contoh penggunaan tenaga solar adalah jam, kalkulator, powerbank, periuk solar dan lampu solar. Daripada tema 1 juga saya dapat kenali matahari iaitu umur matahari adalah 4.6 billion dengan diameter 1.4 juta km. Apa yang menarik ialah saya juga dapat mengetahui jarak purata bumi dengan matahari iaitu sejauh 149680000 km. Pada akhir webinar tema 1 ini, kami diberi tugasan untuk menceritakan bagaimana matahari berfungsi dan perlu menghantar tugasan ini kepada Puan Azlin melalui emel.

            Tema 2 pula disampaikan oleh Tuan Zahiran bin Hamzah iaitu Impak Matahari Pada Kesihatan dan Alam Sekitar. Tuan Zahiran telah menerangkan berkaitan struktur matahari iaitu matahari adalah sebuah bintang. Cahaya dari matahari mengambil masa 8 minit untuk sampai ke bumi. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombong ultraungu, sinar inframerah, sinar-X dan angin suria yang merebak ke sistem suria. Seterusnya, Tuan Zahiran menerangkan tentang lapisan ozon. Lapisan ozon terletak dalam lapisan stratosfera antara 20 dan 40 km dari permukaan bumi. Fungsi utama ozon adalah untuk menapis sinaran ultra ungu (UV) berbahaya pada sinaran matahari dari sampai ke permukaan bumi. Kesan kemusnahan lapisan ozon menyebabkan kanser kulit, sistem keimunan rendah, katarak mata dan sebagainya. Tuan Zahiran juga menerangkan berkaitan strok haba, dehidrasi, rumah hijau, dan fenomena gerhana matahari.

            Tema 3 pula iaitu Kegunaan Tenaga Solar disampaikan oleh Prof Ts. Dr. Mustaffa bin Haji Ibrahim. Dr. Mustaffa menerangkan berkaitan pengeringan makanan seperti buah, sayur atau ikan menggunakan tenaga solar. Beliau juga menceritakan bagaimana sistem solar elektrik berfungsi. Kami juga dapat mengetahui kelebihan sumber boleh diperbaharui iaitu meningkatkan kualiti udara, menjimatkan duit, dan bil elektrik. Tema 4 iaitu tema terakhir yang dinamakan Go Solar disampaikan oleh Miss Lau Hooi Lin. Miss Lau banyak menceritakan pengalaman beliau dalam aktiviti SgS di Malaysia, Thailand dan Singapura. Kami juga didedahkan dengan elemen penting sebelum merancang aktiviti SgS ini. Setiap kali tamat satu tema, ahli pengakap kelana wajib menjawab soalan kuiz tema tersebut dan mendapat markah 80% ke atas untuk lulus. Selepas selesai menjawab kuiz kesemua tema, pengakap kelana akan menerima sijil penyertaan dalam tempoh masa 14 hari bekerja.

            Kesimpulannya, program webinar Scout Go Solar ini sangatlah bermanfaat terutamanya bagi kegunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini bukan sahaja memberi manfaat kepada diri kita tetapi juga untuk kebaikan  alam sekitar.

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
18
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
SDGS

Share via

Share