The Future Energy Scout Go Solar
LAPORAN PROGRAM "THE FUTURE ENERGY : SCOUT GO SOLAR"
18 DECEMBER 2020:
Program dimulakan dengan bacaan doa dan setiap peserta telah diberikan sedikit pengenalan mengenai kelas yang kami hadiri selama 3 hari itu yang bertajuk “The Future Energy: Scout Go Solar” oleh pengerusi majlis iaitu Puan Hasnina Abdul Rahman. Beliau telah menceritakan sedikit sebanyak mengenai perjalanan aktiviti “Scout Go Solar (SGS)” dan tema-tema yang akan kami belajar sepanjang program ini berlangsung. Antara tema-tema yang kami perlu pelajari ialah Matahari Sumber Kehidupan, Impak Cahaya Matahari, Kegunaan Tenaga Solar dan dalam slot terakhir kami ialah “Go Solar” oleh duta-duta Pengakap Malaysia. Menerusi program ini kami akan mendapatkan sijil sebagai bukti kelayakan kami untuk menyertai “Scout Go Solar Challenge” dan seterusnya mendapat lencana SGS. Kami juga dikehendaki menjawab kuiz yang disediakan oleh pihak penganjur kerana ia juga merupakan salah satu proses untuk kami mendapatkan sijil penyertaan.
Bagi Pengenalan “Scout Go Solar” dan tema 1 iaitu Matahari Sumber Kehidupan ia telah disampaikan oleh Puan Nor Azlin Mat Noor. Dalam ucapan, beliau menyatakan bahawa beliau sangat teruja untuk menunjukkan kami apa itu “Scout Go Solar”. Beliau telah menunjukkan kami cara-cara untuk kami mendapatkan lencana “Scout Go Solar”. Terdapat beberapa aktiviti-aktiviti menarik yang ditunjukkan sepanjang slot beliau seperti jam matahari, sumo solar dan sebagainya. Bumi mempunyai banyak tenaga yang boleh diperbaharui seperti cahaya matahari, biojisim, ombak, angin dan lain-lain serta tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti arang, petroleum, nuclear dan gas asli. Untuk pengetahuan, dalam kelas Puan Azlin kami juga diberitahu bahawa penggunaan tenaga solar juga mempunyai kebaikkan (tidak mencemarkan alam sekitar, boleh diperbaharui, menjimatkan kos dan tidak memerlukan bahan api) dan keburukkan (kos awal yang sangat tinggi, memerlukan ruang yang besar dan bergantung kepada cahaya matahari). Banyak inti-pati dan ilmu-ilmu yang berguna telah kami pelajari sepanjang slot beliau berlangsung.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan slot untuk. Untuk tema 2, ia telah disampaikan oleh Tuan Zahiran Hamzah yang bertajuk Impak Cahaya Matahari. Salah satu impak matahari kepada manusia ialah ia merupakan salah satu sumber vitamin D. Untuk pengetahuan, sinaran UVB dengan gelombang290-320 nanometer mampu menembusi kulit yang terdedah untuk dipenuhi dengan vitamin D. Vitamin D serta kalsium penting dalam pembentukkan dan penjagaan tulang dan gigi yang sihat. Sinaran cahaya matahari juga mampu memberikan kesan buruk kepada seseorang. Antara impak sinaran cahaya matahari yang kuat mampu menyebabkan seseorang mengalami strok haba kata beliau. Slot beliau telah memberikan kesedaran kepada kami kelana bahawa sinaran matahari ini mampu memberikan manfaat namun mampu juga memberikan keburukkan.
19 DECEMBER 2020:
Untuk hari kedua, kami telah sedikit sebanyak info mengenai macam mana panel solar itu berfungsi. Bagi hari itu, slot kami diisi dengan tema 3 iaitu Kegunaan Tenaga Solar dan ia telah disampaikan oleh Prof Ts. Dr Mustaffa Ibrahim. Beliau merupakan salah seorang wakil pengakap Malaysia yang mendapatkan kursus mengenai Scout Go Solar ini di luar negara. Beliau telah mengajar kami mengenai cara-cara untuk mendapatkan agaran betul panel solar yang kami ingin pasangkan di suatu tempat. Dengan cara ini, ia dapat membantu kami (kelana) untuk menetapkan bajet yang betul dan tepat sebelum kami menjalankan projek kami.
20 DECEMBER 2020:
Pada hari terakhir program “The Future Energy: Scout Go Solar”, kami sangat bertuah kerana dapat bertemu dan mendengar nasihat-nasihat yang disampaikan oleh duta pengkap Malaysia yang pertama menghadiri kursus “Scout Go Solar” di luar negara iaitu Ms. Lau Hooi Lin. Bagi tema terakhir iaitu “Go Solar”, ia disampaikan oleh beliau dengan penuh semangat. Beliau berpesan bahawa banyak perkara yang kami perlu ada dalam diri kami bagi memastikan projek yang ingin kami jalankan Berjaya seperti kemajuan diri, keberanian, sikap baik hati dan sebagainya. Beliau juga sempat menceritakan pengalaman beliau ketika menghadiri kursus "Scout Go Solar" di luar negara.
Sepanjang program ini dijalankan kami telah menerima banyak ilmu-ilmu yang berkaitan dengan solar yang sebelum ini tidak pernah kami dengari. Ia merupakan salah satu program yang mampu memberikan impak positif kepada kami semua.