THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR
LAPORAN AKTIVITI SCOUT GO SOLAR
Persatuan Pengakap Kelana Politeknik Sultan Azlan Shah telah mengadakan aktiviti scout go solar di sekolah kebangsaan datuk nan kaya, kampung kelawar selama 1 hari ia itu tarikhnya pada 11 March 2020 . Seterusnya, di sekolah tersebut kami telah mengadakan aktiviti pembuatan kaca mata hitam dan aktiviti bayang-bayang tetapi ada lagi beberapa aktiviti yang kami tidak dapat selesai kerana telah berlakunya hujan. Kami hanya membuat aktiviti ini selama 1 hari kerana akibat Wabak Covid-19 tetapi apabila Covid-19 telah tiada kami akan menyambung semula aktiviti scout go solar di sekolah kebangsaan datuk nan kaya, kampung kelawar. Kami mempunyai seramai 27 orang peserta pengakap kelana yang hadir pada waktu tersebut. Supaya dapat menambah pengetahuan tentang Scout go solar lebih mendalam. Dapat mengetahui fungsi cahaya matahari dalam kehidupan kita. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Kita juga boleh mengubah padangan negatif yang sering kali pelajar lihat mengenai sains kerana ke banyakan pelajar merasakan sains adalah subjek yang susah. Oleh itu, dengan adanya aktiviti Scout go solar kami ahli pengakap dapat menunjukkan mereka tentang aktiviti yang menyeronokkan mengenai sains seperti mengukir nama di atas batang aiskrim mengunakan cahaya dan kanta pembesar. Seterusnya, dari segi pembelajaran online pula kenapa aktiviti scout go solar perlu diadakan ialah kerana kami dapat mengetahui tentang matahari adalah sumber kehidupan, impak matahari pada kesihatan dan alam sekitar, kegunaan tenaga solar dan go solar.
Bagaimana saya sebagai penonton dapat kan manfaat daripada aktiviti scout go solar. Seterusnya , manfaat yang saya dapat daripada aktiviti Scout go solar ialah apabila kita ingin melakukan aktiviti berkaitan solar kita perlu memakai kaca mata hitam untuk melindungi mata kita dari terkena terus ke sinaran matahari. Manfaatnya dengan adanya kaca mata hitam kita dapat melakukan lebih banyak aktiviti mngenai warna dan haba, seni dalam solar, jam matahari, belalang solar, sumo solar dan bull eyes.Kita dapat mengetahui kesan matahari terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia apabila tidak dilindungi seperti kulit terbakar dan munculnya bitnik-bintik coklat pada kulit. Seperti cahaya matahari, biojisim ,hidroelektik, hujan, angin, ombak , geotherma, bahan-bahan api, petroleum, nuklear, gas asli dan arang batu. Kelebihan tenaga solar ialah boleh diperbaharui, tidak memerlukan bahan api, tidak mencermakan alam sekitar, terletak di garisan khatulistiwa, matahari terik selama 6 jam dan menjimatkan kos. Keburukan tenaga solar ialah kos awal tinggi, bergantung kepada cahaya matahri dan memerlukan kawasan yang besar.
Seterusnya, apakah penonton dapat lakukan daripada aktiviti scout go solar, Pada saya aktiviti yang dapat dilakukan ialah dapat memasak seperti telur, nasi, ikan dan marshmellow menggunakan dapur solar. Aktiviti ini sesuai untuk diadakan ketika waktu perkhemahan kerana dapat dilihat kelebihan cahaya matahari terhadap bahan makanan tersebut. Seterusnya, ialah pengecas solaryang dapat kita gunakan ketika gunakan ketika bateri phone habis. Pengecas solar ini mudah di bawa kemana-mana sahaja dan tahan lasak.
Di samping itu, apakah yang sesuai untuk penonton dapat lakukan ialah Kegunaan tenaga solar dalam Malaysia adalah untuk lampu solar, lampu isyarat solar dan dikawasan pertanian yang menggunakan tenaga solar untuk menjimatkan kos elektrik. Contoh peralatan yang digunakan untuk menggunakan tenaga solar adalah panel solar, battery dan inverter. Terdapat beberapa cara untuk mengalakkan orang ramai untuk mengenali pengunaan tenaga solar iaitu dengan mengadakan kempen bahawa pentingnya menjaga alam sekitar dengan menggunakan tenaga suria seperti “Green Point With Solar Energy”, “Solar Charging Station” dan “Solar Cooking In Public”. Namun tenaga solar ini juga mempunyai keseronokkan kepada kanak-kanak iaitu “Sundial’, “Solar Art” , “Grasshopper Race” dan “Solar Record Player”.Terdapat banyak manfaat yang boleh diambil dari tenaga solar ini, antaranya adalah meningkatkan kualiti pengudaraan, menjadikan grid elektrik lebih tahan lama dan dapat menjimatkan wang.
Kesimpulannya, apa yang saya inginkan penonton dapat lakukan di masa akan datang ialah program Scout Go Solar ini memberikan banyak kebaikan dalam kehidupan seharian terutamanya kepada kehidupan seharian. Namun sebelum menyertai program Scout Go Solar kita perlu memastikan diri kita untuk rajin dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, cabar diri sendiri untuk mengubah perkara tersebut, sentiasa cari ilmu dari pelbagai sumber dan motivasi diri.