THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR
Program Scout Go Solar yang telah dijalankan selama 3 hari bermula pada 18 December 2020 sehingga 20 December 2020 telah memberikan kesedaran dan menambahkan pengetahuan para peserta tanpa mengira umur dan pangkat peserta yang terlibat. Program solar ini telah membuka mata ramai peserta akan kebaikkan penggunaan solar dalam kehidupan harian. Tenaga solar atau dikenali sebagai tenaga suria merupakan sebuah sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak mempunyai kesan yang buruk pada alam sekitar jika menggunakannya. Tenaga solar merupakan sumber tenaga yang diperoleh daripada matahari. Sumber tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga haba dan juga tenaga elektrik untuk menghasilkan arus elektrik. Tenaga solar dapat digunakan untuk aktiviti penyahmasinan air laut, pemanasan, bekalan tenaga elektrik kepada manusia. Kebiasaannya, kebanyakkan penduduk di Malaysia kurang pendedahan mengenai kebaikkan tenaga solar menyebabkan mereka masih manggunakan bahan api fosil, arang batu, gas asli, petroleum dan sebagainya untuk menjana elektrik. Hal ini akan menyebabkan sumber-sumber tenaga tersebut semakin berkurang kerana ia tidak boleh diperbaharui. Antara kebaikkan lain penggunaan tenaga solar ialah menjimatkan kos, tidak mencemarkan alam sekitar dan tidak memerlukan bahan api untuk menggunakannya. Oleh itu, penggunaan tenaga solar adalah selamat untuk digunakan oleh semua orang malah memberikan banyak kebaikkan kepada persekitaran dan penduduk.
Selain itu, melalui program ini, kami telah diberikan kesedaran mengenai kepentingan menjaga bumi daripada berlaku penipisan lapisan ozon dan akan memberi kesan yang buruk terhadap rumah hijau. Lapisan ozon berfungsi untuk menapis sebahagian besar sinar ultraungu yang terhasil daripada sinaran cahaya matahari daripada sampai ke permukaan bumi. Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan bumi terdedah dengan sinar ultraungu yang berlebihan. Pembebasan Klorofluorokarbon (CFC) dan klorin pada atmosfera bumi akan menyebabkan lapisan ozon menjadi nipis. Antara punca penipisan ozon ialah pembebasan gas nitrogen, letupan nukleur, pembebasan gas nitogen oksida dan sebagainya. Kesan buruk daripada punca tersebut ialah kadar pertumbuhan kurang, menyebakan kanser kulit,sistem keimunan badan merosot, katarak mata, pemanasan global dan menyebakan perubahan iklim. Namun, sinaran matahari juga memberikan kebaikkan kepada manusia. Matahari merupakan sumber Vitamin D. Sinaran UVB mempunyai gelombang sebanyak 290-320 nanometer mampu menembusi kulit yang terdedah. Manusia digalakkan untuk mendedahkan muka, tangan, kaki dan belakang badan kepada matahari sekurang-kurangnya 5 hingga 30 minit, sekurang-kurangnya sebanyak 2 kali seminggu. Vitamin D dan kalsium sangat penting kepada manusia untuk pembentukkan dan penjagaan tulang dan gigi yang sihat.
Namun pendedahan yang berlebihan juga akan menyebabkan seseorang itu akan menghidapi strok haba. Strok haba berlaku apabila seseorang itu terdedah kepada cahaya matahari secara mendadak dan menyebabkan suhu badan meningkat sehingga mencecah 41’C. Antara tanda-tanda awal strok haba adalah sakit kepala, suhu badan menjadi tinggi, badan lesu, tekanan darag rendah dan kerap pengsan. Oleh itu, kita digalakkan untuk minum air mineral yang banyak supaya badan mempunyai air yang mencukupi. Selain itu, penggunaan payung atau topi adalah digalakkan apabila berada di tempat yang panas supaya dapat mengelakan badan terkena cahaya matahari secara berterusan. Penggunaan losyen pelindung suria pada kawasan kulit yang terdedah juga dapat mengelakkan kulit daripada terbakar.
Penggunaan tenaga solar dapat membantu banyak pihak untuk menjimatkan kos elektrik. Tenaga solar boleh digunakan untuk menggantikan penggunaan lampu jalan kepada lampu solar, bekalan tenaga untuk lampu isyarat dan juga boleh digunakan di kawasan pedalaman atau kawasan pertanian dan penternakan untu menjimatkan kos. Antara peralatan yang boleh digunakan untuk mengumpul tenaga solar adalah solar panel, bateri dan inverter. Penggunaan solar ini perlu didehkan kepada orang ramai melalui kempen penggunaan tenaga solar melalui aktiviti Solar Changing Station, Solar Cooking in Public dan sebagainya. Manakala untuk pendedahan kepada kanak-kanak pula, aktiviti yang boleh digunakan untuk menarik minat mereka ialah Grasshoper Race, Solar Art, Sundial, Solar Car dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, penggunaan tenaga solar memberikan banyak kebaikkan dan manfaat dalam kehidupan seharian seseorang. Ilmu penggunaan tenaga solar ini perlu digalakkan supaya alam sekitar kita tidak terjejas dan sumber tenaga tidak kehabisan. Ianya juga dapat membuka mata lebih ramai orang untuk mengurangkan penggunaan sumber tenaga yang tidak boleg diperbaharui yang mana tidak dapat digantikan semula apabila kehabisan.