THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR

Pada 18 sehingga 20 disember 2020, KLKM SCOUT GO SOLAR telah melaksanakan 3 hari webinar secara atas talian di platform microsoft teams. Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam kepada kelana tentang Go Solar. Program ini merangkumi 4 tema dan pada akhir program, peserta akan diberikan sijil penyertaan untuk dilengkapkan di dalam passport Scout Go Solar. 

TEMA 1 : MATAHARI SUMBER KEHIDUPAN  ( oleh Miss Nor Azlin Mat Noor )

Tema 1 ini menerangkan apakah itu tenaga matahari dan bagaimana ia digunakan pada kehidupan masyarakat. Tenaga suria atau dikenali tenaga solar adalah tekonologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari. Contoh penggunaan tenaga solar ialah jam, kalkulator, lampu solar, powerbank dan periuk solar. 

KELEBIHAN TENAGA SOLAR KEBURUKAN TENAGA SOLAR - Boleh diperbaharui - Kos awal tinggi - Matahari terik selama 6 jam  - Bergantung kepada cahaya matahari  - Tidak memerlukan bahan api - Memerlukan ruang yang besar 

TEMA 2 : IMPAK CAHAYA MATAHARI ( oleh Mr Zahiran Hamzah )

Pada tema 2 ini, Encik Zahiran menerangkan tentang impak cahaya matahari pada kesihatan dan alam sekitar. Contohnya lapisan ozon dan kepentingannya. Ozon ini sangat penting kerana dapat menapis sinaran ultra ungu (UV) berbahaya pada sinaran matahari dari sampai ke permukaan bumi. Sekiranya tidak ditapis, ia mampu menembusi kulit yang melindungi flora dan fauna serta mengakibatkan kerosakan teruk secara genetik.

Seterusnya, sinaran ultraviolet ( sinaran UV ) adalah sejenis radiasi elektromagnet yang mengakibatkan kesan negatif kepada tubuh manusia. Ia merosakkan tisu hidup dan mengakibatkan selaran matahari, perubahan warna kulit dan katarak mata. Encik Zahiran juga menerangkan tentang dehidrasi iaitu satu keadaan di mana tubuh kehilangan banyak cairan lebih dari yang didapati. Hal ini berpunca akibat mengalami peluh yang berlebihan atau melakukan aktiviti fizikal yang berat secara berlebihan. 

Akhirnya, kesan rumah hijau iaitu pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas hijau (karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida) di dalam sesuatu ruang yang tertutup dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Punca kesan rumah hijau sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. 

TEMA 3 : KEGUNAAN TENAGA SOLAR ( oleh ASSOC PROF TS Dr Mustaffa Ibrahim ) 

Bagi tema 3, Dr Mustaffa menerangkan dengan lebih terperinci tentang kelebihan tenaga solar dalam kehidupan. Contohnya, mengurangkan bil elektrik, kos penyelengaraan yang rendah dan sebagainya. Terdapat 2 cara untuk menggunakan tenaga solar iaitu termal dan fotovoltaik. Beliau juga menunjukkan bagaimana pengunaan tenaga suria secara fotovoltaik. 

Seterusnya, Dr Mustaffa juga menerangkan tentang solar suitbox case iaitu ruang penyimpanan sementara yang menyimpan tenaga solar untuk kegunaan semasa darurat mahupun kecemasan. Komponen di dalam solar suitbox case iaitu bateri, input, fuse, suis, output dan monitor. Setiap komponen ini mempunyai fungsi masing-masing. 

TEMA 4 : GO SOLAR ( oleh Miss Lau Hooi Lin ) 

Pada tema yang terakhir , Miss Lau berkongsi tentang projek Scout Go Solar yang dilaksanakan di serata dunia seperti Africa, Macedonia dan sebagainya. Perkongsian ini sangat bermanfaat kerana menarik minat kami ( kelana ) untuk menjalankan projek yang hanya menggunakan tenaga matahari. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah kaca mata hitam, kesan rumah hijau, sodis, cophagen periuk solar dan lain-lain. Projek Scout Go Solar ini bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan bahkan secara tidak langsung mengeratkan perhubungan masyarakat setempat kerana projek dilakukan secara berkumpulan dan besar-besaran. 

 

 

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
18
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
SDGS

Share via

Share