THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR
Apakah itu Scout Go Solar?
Earth Tribe merupakan program pendidikan alam sekitar melalui kepengakapan dan pendidikan ini menjadi teras bagi ahli pengakap. Scout Go Solar (SGS) merupakan salah satu laluan program di bawah siri Earth Tribe. SGS ialah program yang memberi pendedahan tentang kegunaan dan kepentingan sumber matahari dan tenaga solar terhadap hidupan dan alam sekitar. Program ini bermula dengan mempelajari empat skop pembelajaran dalam tempoh tiga hari iaitu bermula 18 hingga 20 Disember 2020 dan dijalankan melalui platform Microsoft Teams. Empat silibus pembelajaran dalam modul SGS yang didedahkan kepada ahli pengakap ialah:-
- Matahari adalah sumber kehidupan.
- Impak matahari pada kesihatan dan alam sekitar.
- Kegunaan tenaga solar
- Go Solar!
Objektif
- Fun
- Educate
- Create a better
Ulasan
Pada hari pertama siri webinar SGS, saya mengikuti skop pembelajaran Tema 1 iaitu ‘Matahari adalah sumber kehidupan’. Tenaga solar/suria yang digunakan dalam sesuatu teknologi seperti panel suria kegunaan komersial dan kediaman,menyerap cahaya matahari sebagai sumber tenaga bagi menjana tenaga elektrik atau haba. Tenaga solar merupakan tenaga yang boleh diperbaharui yang mana kebaikannya tidak menyumbang kepada pencemaran alam sekaligus menjimatkan kos. Tambahan pula,Malaysia terletak berhampiran garisan khatulistiwa dan negara kita menerima cahaya matahari terik selama enam jam. Kelebihan yang kita peroleh ini perlulah digunakan sebaiknya dengan memanfaatkan sumber tenaga solar ini dan seterusnya diaplikasikan dalam beberapa aspek kehidupan seperti perladangan,teknologi,kediaman dan pelbagai lagi. Contoh penggunaan tenaga solar secara spesifiknya ialah jam,kalkulator,power bank,periuk Copenhagen dan lampu solar. Kami juga diberi pendedahan tentang fakta menarik tentang matahari,yang berumur lebih kurang 4.6 bilion tahun.
Setelah itu, kami bergerak kepada pembelajaran seterusnya iaitu Tema 2 mengenai ‘Impak matahari pada kesihatan dan alam sekitar’. Secara ringkasnya, tema ini merangkumi pembelajaran tentang kepentingan lapisan ozon, kebaikan cahaya matahari dalam memenuhi keperluan Vitamin D serta sinaran ultraungu (UV light) yang memmberi kesan negatif pada kulit dan mata. Malah, kami juga mempelajari tentang tanda-tanda dan kesan strok haba serta dehidrasi, impak rumah hijau dan dari aspek keselamatan,cermin mata gerhana rekaan khas digunakan untuk menghalang sinaran matahari yang berbahaya. Kesemua ahli pengakap diwajibkan untuk memakai kaca mata hitam setiap aktiviti yang melibatkan kegunaan tenaga solar.
Tema 3 iaitu ‘Kegunaan tenaga solar’ dipelajari pada hari berikutnya, yang mana kami diberi pendedahan tentang idea-idea penggunaan tenaga solar yang terdapat di Malaysia dan negara luar serta mendidik kami untuk menerapkan pemikiran yang kreatif dan bermotivasi untuk meluaskan lagi aplikasi tenaga solar. Sebagai contoh, Off-Grid dan On-Grid Solar, panel solar pada khemah, PV installation dan solar cinema. Di akhir webinar, kami mempelajari Tema 4,’Go Solar!’ yang mana skop pembelajaran ini memberi penekanan tentang kepimpinan. Saya mempelajari bahawa,untuk mencapai sesuatu matlamat,kita perlu berani menjadi lain dari yang lain (dare to be different), sanggup hadapi risiko, bersemangat tinggi dalam menjalani latihan kepimpinan (leadership training), tidak mudah berputus asa. Hal ini kerana,semakin kita menerima dan berdepan dengan suatu cabaran, semakin meningkat pembentukan idea kreatif dan produktiviti kita dalam mewujudkan suatu projek yang mampu memberi manfaat kepada diri sendiri,komuniti masyarakat dan juga negara.
Aktiviti
Membuat tugasan tentang bagaimana jam matahari (sundial) berfungsi agar dapat mengaplikasikan penggunaan sumber cahaya matahari yang membentuk bayang untuk menentukan waktu/masa.