THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR
Program Scout Go Solar telah memberikan banyak manfaat tanpa mengira peringkat umur dalam kalangan ahli pengakap. Hal ini kerana, program ini telah menyedarkan saya bahawa banyak kebaikan yang boleh kita perolehi dari tenaga suria. Tenaga suria atau lebih dikenali sebagai tenaga solar merupakan satu teknologi untuk mendapatkan tenaga yang berguna daripada cahaya matahari. Antaranya adalah pemanasan, generasi elektrik dan penyahmasinan air laut. Selain itu juga, program ini telah memberikan kesedaran kepada saya bahawa terdapat tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.Tenaga yang boleh diperbaharui ialah cahaya matahari, biojisim, angin dan ombak. Manakala bagi tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah petroleum, nukleur dan gas asli. Contoh-contoh peralatan yang menggunakan tenaga solar adalah kalkulator, power bank dan lampu solar. Terdapat juga kelebihan dan keburukan tenaga solar iaitu tenaga solar merupakan tenaga yang boleh diperbaharui, tidak mencemarkan alam sekitar dan menjimatkan kos. Manakala keburukan tenaga solar adalah kos modal awal yang tinggi, bergantung sepenuhnya kepada cahaya matahari dan memerlukan jumlah wang yang besar.
Di samping itu juga, program ini telah menyedarkan saya bahawa pentingnya untuk menjaga bumi kita dari penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau. Fungsi utama lapisan ozon adalah untuk menapis sinaran ultra ungu (UV) berbahaya pada sinaran matahari dari sampai ke permukaan bumi. Klorin dalam kloroflorokarbon (CFC) memusnahkan lapisan ozon.Punca penipisan ozon berlaku disebabkan oleh beberapa perkara iaitu letupan nukleur, pembebasan gas nitrogen oksida, pembebasan kloroflorokarbon (CFC) dan pembebasan gas nitrogen. Apabila berlakunya punca maka terjadilah kesan daripada kemusnahan lapisan ozon iaitu kanser kulit, ketarak mata dan hasil pertanian menyusut. Namun sinaran matahari juga mempunyai kebaikan iaitu cahaya matahari merupakan sumber vitamin D yang percuma. Pendedahan muka, tangan, kaki dan belakang badan selama 5 hingga 30 minit antara 10 pagi hingga 3 petang sekurang-kurangnya dua 2 kali seminggu. Pendedahan kulit di dalam bilik melalui tingkap tidak dapat menghasilkan vitamin D kerana sinar UVB tidak dapat menembusi kaca.Vitamin D dan kalsium penting dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Sinaran UV juga digunakan untuk merawat beberapa penyakit termasuklah riket,eksema dan penyakit kuning (jaundice).
Namun pendedahan kepada cahaya matahari secara mendadak akan menyebakan individu tersebut mengalami strok haba. Strok haba berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat iaitu 41’c . Biasanya ia terjadi akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal. Tanda-tanda awal strok haba adalah kerap sakit kepala, suhu badan melebihi 39’c, tekanan darah rendah, badan lesu dan kerap pengsan. Terdapat beberapa tips untuk kekal sihat di musim panas adalah dengan memperbanyakkan minum air mineral iaitu air suam tanpa mengira tahap aktiviti kita. Seterusnya, pakai payung atau topi untuk mengelakkan daripada pancaran haba terus ke badan. Selain itu, pakai losyen pelindung suria dan minum minuman isotonik untuk mengantikkan garam yang hilang akibat berpeluh.
Kegunaan tenaga solar dalam Malaysia adalah untuk lampu solar, lampu isyarat solar dan dikawasan pertanian yang menggunakan tenaga solar untuk menjimatkan kos elektrik. Contoh peralatan yang digunakan untuk menggunakan tenaga solar adalah panel solar, battery dan inverter. Terdapat beberapa cara untuk mengalakkan orang ramai untuk mengenali pengunaan tenaga solar iaitu dengan mengadakan kempen bahawa pentingnya menjaga alam sekitar dengan menggunakan tenaga suria seperti “Green Point With Solar Energy”, “Solar Charging Station” dan “Solar Cooking In Public”. Namun tenaga solar ini juga mempunyai keseronokkan kepada kanak-kanak iaitu “Sundial’, “Solar Art” , “Grasshopper Race” dan “Solar Record Player”.Terdapat banyak manfaat yang boleh diambil dari tenaga solar ini, antaranya adalah meningkatkan kualiti pengudaraan, menjadikan grid elektrik lebih tahan lama dan dapat menjimatkan wang.
Kesimpulannya, program Scout Go Solar ini memberikan banyak kebaikan dalam kehidupan seharian terutamanya kepada kehidupan seharian. Namun sebelum menyertai program Scout Go Solar kita perlu memastikan diri kita untuk rajin dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, cabar diri sendiri untuk mengubah perkara tersebut, sentiasa cari ilmu dari pelbagai sumber dan motivasi diri.