THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Salam Pengakap!

Salam dari Malaysia.

 

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai webinar The Future of Energy: Scout Go Solar yang saya hadiri. Saya ingin perkenalkan diri dulu. Saya ialah Puan Alnor, saya bertindak sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal program yang bertanggungjawab dalam ‘streaming’ webinar ini ke Facebook Page Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia RASMI. Sambil belajar sambil buat kerja.

 

Webinar hari pertama pada 18 Disember 2020 menerangkan 2 tema iaitu Matahari adalah Sumber Tenaga dan Impak Matahari kepada Alam Sekitar dan Kesihatan Manusia. Tema 1 di sampaikan oleh Pn Nor Azlin binti Mat Noor dan Tema 2 disampaikan oleh Encik Zahiran bin Hamzah.

 

Pn Nor Azlin telah menerang Lencana Scout Go Solar secara keseluruhannya. Beliau adalah Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan Scout Go Solar. Peranan pengakap kelana dan pemimpin adalah untuk menyebarkan kesedaran penggunaan tenaga yang telah diperbaharui iaitu tenaga daripada matahari. Umur matahari kita ialah 4.6 billion tahun. Dah lama dan dah tua matahari kita ini. Selain itu, diameter matahari adalah sejauh 1.4 juta km. Matahari Nampak kecil je bila di lihat daripada bumi. Walaubagaimana pun, cahaya matahari tersebut akan bergerak pada 220km sesaat untuk sampai ke bumi. Menurut pembacaan tambahan saya, matahari mempunyai 22 tahun untuk cukup 1 kitaran perubahan medan magnetnya. Medan magnet matahari akan bertukar-tukar setiap 11 tahun. Ada kesan dan impak kepada penduduk bumi Ketika perubahan medan magnet tersebut. Pn Nor Azlin sangat bersemangat dalam menyampaikan tajuk beliau dan sangat menyokong penglibatan pengakap kelana dan pemimpin dalam melaksanakan program Lencana Scout Go Solar.

 

Seterusnya tema 2 yang disampaikan oleh Encik Zahiran bin Hamzah. Antara perkara yang paling saya terkesan ialah strok haba. Strok haba boleh menyebabkan kematian dan hilang upaya kekal. Jika kita rasa sakit kepala yang kuat, pening dan demam segera lah berjumpa dengan doktor. Elakkan terdedah dengan cara matahari. Banyakkan minum air. Kerap mandi untuk turunkan suhu badan. Jadi peringatan untuk semua kelana, diri sendiri dan seluruh warga bumi sentiasa dapatkan air yang mencukupi mengikut tubuh masing-masing.

 

‘Speaker’ hari kedua, 19 Disember 2020 ialah Ambassador Scout Go Solar Malaysia yang kedua iaitu Prof Madya Ts Dr Mustaffa bin Hj Ibrahim. Beliau menerangkan tema 3 iaitu kegunaan tenaga solar. Ada 2 cara untuk kita guna atau aplikasikan tenaga solar iaitu photo-thermal energy dan photovoltaic use of solar energy.  Untuk kaedah pertama iaitu photo-therma energy, ia digunakan untuk memanaskan air, mengumpulkan cahaya matahari menggunakan cermin lalu tenaga elektrik berhasil. Memasak juga boleh dilakukan menggunakan ‘solar box’. Jika anda suka makan kismis, membina solar dryer amat sesuai dengan anda. Buah anggur kita akan kering secara semulajadi apabila diletakkan di dalam solar dryer. Solar Photovoltaic PV pula terbahagi kepada 2 jenis system iaitu off grid dan grid connected. Setiap jenis ini ada kebaikan dan keburukannya terpulang pada keperluan kita. Kebaikan system off grid ialah ia mudah di bina dan dipasang manakala system on grid tidak memerlukan bateri kerana kita menyimpan tenaga elektrik kita dalam bateri dalam sistem grid tersebut.

  

 

Hari terakhir webinar pada 20.12.2020 adalah membawa tajuk tema 4: Go Solar!. Speaker pada hari ini ialah Ambassador Scout Go Solar Malaysia yang pertama iaitu Miss Lau Hoi Lin. Saya sangat mengagumi beliau. Semangat beliau dalam kerja-kerja kesukarelawan sangat tinggi. Miss Lau berkongsi perjalanan beliau sebagai Ambassador SGS. Pelbagai tips dan cadangan idea dalam melaksanakan projek diberikan. Miss Lau menerangkan yang menganjurkan Road Show dalam menyebarkan kesedaran Tenaga Solar juga boleh dikira sebagai satu projek. Penyebaran kesedaran bukan kepada pengakap sahaja, skop peserta program adalah di kalangan orang awam yang bukan pengakap. Jika belum yakin nak mula dengan orang awam, kita mulakan langkah pertama pada ahli keluarga sendiri.

 

Secara keseluruhan saya sangat berbangga dengan semangat para kelana di Malaysia khususnya kelana dari Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia yang secara sukarela ingin menaikkan kesedaran tenaga baru solar di Malaysia melalui aktiviti Lencana cout Go Solar.

 

Sambil bekerja sambil belajar.

Jika ada kelana yang berminat ingin belajar streaming menggunakan OBS, boleh hubungi saya. Saya sedia membantu.

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
18
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF

Share via

Share