THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR

Pada 18 Disember hingga 20 Disember 2020 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Siri Webinar The Future of Energy Scout Go Solar. Webinar ini merangkumi empat tema iaitu; Tema 1: Matahari Sumber Kehidupan, Tema 2: Impak Cahaya Matahari terhadap Kesihatan dan Alam Sekitar, Tema 3: Kegunaan Tenaga Solar dan Tema 4: Tema 4: Golar Solar!

 

Webinar Tema 1 dan Tema 2 berlangsung Pada 18 Disember 2020 pukul 8.30 hingga 10.30 malam. Webinar tersebut masing-masing disampaikan oleh Pn Noor Azlin Bin Mat Noor dan En Zahiran bin Hamzah. Kami didedahkan isi kandungan didalam modul Scout Go Solar. Pn Noor Azlin juga memberi penerangan berkenaan kriteria yang perlu ada untuk mendapatkan lencana SGS iaitu, komited, konsisten dan kreatif.  Ketika melaksanakan aktiviti Scout Go Solar, pemakaian Sunglass semasa aktiviti dijalankan adalah wajib sebagai aspek keselamatan. Antara aktiviti dalam Tema 1 berkaitan, seperti warna dan haba, Seni dalam solar, jam matahari, belalang solar, sumo solar dan bull eyes. Pada pendapat saya aktiviti tersebut sangat menarik untuk disertai. Selain itu kami juga didedahkan berkenaan kegunaan tenaga solar dalam kehidupan. Melalui, teknologi terkini, penghasilan daripada solar panel boleh menghasilkan tenaga elektrik.

 

Seterusnya, berlangsung webinar Tema 2: Impak Cahaya Matahari terhadap Kesihatan dan Alam Sekitar, kira-kira pukul 9.30 malam. Matahari ialah sumber sinaran UV yang paling kuat di alam sekitar kita. Jumlah sinaran yang kecil adalah perlu untuk penghasilan vitamin D dalam badan manusia. Walau bagaimanapun, apabila terdedah secara melampau, ia akan memberikan kesan buruk pada kulit, mata, sistem imun badan dan alam sekitar.  Pendedahan terhadap cuaca panas yang melampau ketika melakukan aktiviti fizikal boleh mengakibatkan strok haba dan dehidrasi. Putaran bumi sehari semalam atau secara ketaranya peredaran matahari daripada terbit hingga terbenam dan terbit semula merupakan faktor penting dalam penentuan waktu solat.

 

Pada 19 Disember 2020 , Webinar Tema 3: Kegunaan Tenaga Solar yang disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Mustaffa Bin HJ. Ibrahim telah saya hadiri pada pukul 8.30-10.00 malam. Penceramah telah memberi pendedahan kepada kami kegunaan tenaga solar yang kebanyakan kita kurang tahu. Matahari adalah sumber tenaga yang sangat kuat, dan sumber tenaga ini boleh dimanfaatkan dengan pemasangan panel solar. Antara projek melibatkan penggunaan tenaga solar ialah Mini ketuhar solar, periuk Copenhagen, kipas solar, pengecas solar, pam air solar, lampu.  Teknologi dalam industri tenaga solar sentiasa berkembang maju dan peningkatan akan terus berlaku pada masa akan datang. Inovasi dalam quantum physics dan nanotechnology berpotensi meningkatkan keberkesanan panel solar dan mampu meningkatkan input elektrik sistem tenaga solar.

 

Sesi webinar terakhir iaitu Tema 4: Go Solar! Telah disampaikan oleh Miss Lau Hooi Lin pada 20 Disember 2020. Penceramah telah menyampaikan kepada kami penglibatan beliau dalam melaksanakan program Scouts Go Solar sehingga peringkat antarabangsa. Perkara ini telah menarik minat saya untuk turut sertai dan menjalankan program Scout Go Solar. Pada akhir siri webinar ini, saya mendapat maklumat mengenai beberapa kisah kejayaan dan aktiviti Scout Go Solar yang telah dilaksanakan oleh para duta Scouts Go Solar di beberapa buah negara. Selain itu saya juga mendapat idea baru untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti Scouts Go Solar dan projek khidmat masyarakat. Akhir sekali, saya berasa terdorong untuk melaksanakan aktiviti Scouts Go Solar dalam kumpulan, krew dan setiap bahagian.

 

 

 

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
18
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
SDGS

Share via

Share