THE FUTURE OF ENERGY SCOUT GO SOLAR

Pada 18 hingga 20 Disember 2020 saya menyertai webinar Scout Go Solar secara online. Scout Go Solar tersebut meliputi empat tema iaitu matahari adalah sumber kehidupan, impak cahaya matahari, kegunaan tenaga solar dan akhir sekali adalah Go solar. Setiap tema dijelaskan oleh berbeza moderator.

Tema 1: Matahari Adalah Sumber Kehidupan.

Moderator bagi tema 1 adalah Miss Nor Azlin Mat Noor. Beliau menceritakan dengan sungguh menarik terutamanya bagi kelana yang tiada pengetahuan dan pengalaman dengan Scout Go Solar. Saya sebagai kelana yang baru dan tidak mempunyai pengalaman dengan Scout Go Solar, dapat mempelajari ilmu tentang matahari seperti umur matahari iaitu 4.6 Billion. Manakala diameter matahari adalah 1.4 Juta Km, jarak bumi dan matahari pula adalah 149 680 000 Km. Tanpa Scout Go Solar ini, kita tidak akan mengambil peduli tentang matahari dan menganggap ia sebagai suatu perkara yang remeh untuk diketahui. Sebelum memulakan projek Scout Go Solar, perkara wajib yang perlu dimiliki dan patuhi adalah setiap orang perlulah mempunyai cermin mata hitam. Hal ini kerana untuk mengelakkan mata melihat terus dengan matahari. Semasa projek Scout Go Solar dilakukan, dinasihatkan juga sentiasa menjaga kesihatan dengan minum air dengan kuantiti yang banyak agar tidak dehidrasi. Projek pertama yang boleh dilakukan oleh setiap orang yang baru ingin mencuba Go Solar ini adalah seni dalam solar. Contohnya menggunakan kanta dan matahari untuk dekorasi atau menulis sesuatu. Dengan adanya matahari, kita tidak perlu menggunakan pen atau sebarang alat dekorasi untuk membuat sesuatu.

 

Tema 2: Impak Cahaya Matahari.

Pada tema kedua ini, saya mempelajari tentang suhu. Suhu tertinggi adalah 32.67 darjah Celsius dan purata suhu di Malaysia adalah 27 darjah Celsius. Lapisan ozon yang sebenar adalah 20 hingga 40 Km dari bumi. Pada masa sekarang, lapisan ozon semakin nipis kerana penebangan hutan secara meluas, bilangan asap kenderaan yang semakin meningkat dan juga peningkatan dari segi perindustrian. Terdapat banyak kilang kilang yang melepaskan asap dan sampah sarap di sungai menyebabkan udara juga tercemar. Apabila lapisan ozon semakin menipis, suhu akan meningkat menjadikan cuaca yang panas dan boleh menyebabkan strok haba. Fungsi ozon ini adalah menapis sinaran ultra uv yang bahaya sampai ke bumi kita. Dengan itu, ia dapat mengurangkan suhu dari terlalu panas.

 

Tema 3: Kegunaan Tenaga Solar

Moderator bagi tema ketiga adalah ASSOC Prof TS Dr Mustaffa Ibrahim. Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk tenaga solar iaitu Solar Thermal dan Solar Photovoltaic (PV). Solar Thermal sesuai digunakan untuk memanaskan air atau memasak. Solar Photovolataic PV adalah berfungsi untuk membuat atau mengalirkan elektrik. Kedua dua solar Thermal dan Photovoltaic boleh digunakan secara terus dan menjadikannya ‘immediate storage’ kepada elektrik. Phootovolaic system mempunyai off grid dan on grid. Bagi off grid ia memerlukan solar panel, cables, bateri, charge controller untuk memberi bateri tahan lebih lama. Manakala on grid pula memerlukan solar panel, cables dan inverter. On grid ini tidak memerlukan storage kerana grid awam adalah storage.

 

Tema 4: Go Solar

Moderator bagi tema keempat adalah Miss Lau Hooi Lin. Miss Lau menceritakan tentang My Sunshine Journey. Miss Lau menggalakkan agar setiap kelana yang ingin membuat projek Go Solar ini sentiasa melakukan kempen kesedaran Scout Go Solar kepada pengakap atau orang awam. Contohnya, membuat kempen Go Solar dengan menunjukkan projek yang telah dilakukan seperti ketuhar solar, lampu solar atau pengecas solar. Dengan adanya kempen ini dapat meningkatkan semangat dan minat orang lain untuk mempelajari tentang Go Solar. Kegunaan tenaga solar adalah untuk memanaskan, generasikan elektrik dan penyahmisanan air laut. Terdapat banyak lagi kebaikan matahari yang dapat digunakan dan dengan itu kita dapat menjimatkan sumber tenaga elektrik dengan menggunakan matahari.

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
18
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF

Share via

Share