FORUM MUDA REMAJA 2017 PERINGKAT KEBANGSAAN

FORUM MUDA REMAJA 2017 PERINGKAT KEBANGSAAN

FORUM MUDA REMAJA 2017 PERINGKAT KEBANGSAAN Kuala Lumpur - Program yang bertemakan Youth Empowerment ini telah dihadiri oleh seramai 33 orang ahli-ahli Pengakap Kelana dari seluruh negara kecuali Wilayah Persekutuan Labuan, yang tidak menghantar wakilnya pada program kali ini. Program yang dijalankan bermula daripada 24hb Mac 2017 hingga 26hb Mac 2017 ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada ahli-ahli Pengakap Kelana yang akan menjalani proses tapisan awal dan pemilihan ke World Scout Youth Forum 2017 yang akan berlangsung pada bulan Ogos 2017, di Azerbaijan. Beberapa sidang bengkel ilmiah diadakan bagi memberi maklumat awal kepada peserta-peserta. Menerusi siri bengkel ilmiah yang dikendalikan, peserta-peserta mendapat pendedahan berkaitan dengan pengucapan awam dan pengetahuan berkaitan dengan kepengakapan dan antarabangsa yang disampaikan oleh beberapa penceramah jemputan program seperti Dr Siti Aimi Sarah Zainal Abidin (UiTM), Dr Hj Mukhyuddin Sarwani (Pesuruhjaya Antarabangsa), Tn Hj Zulkilfi Dato' Hj Maulud (Pesuruhjaya Program Negara), Cik Lau Hooi Lin (Persekutuan Pengakap Malaysia) serta beberapa lagi penceramah jemputan yang lain. Sidang-sidang pleno juga diadakan bagi memberi gambaran berkaitan dengan perjalanan forum-forum di peringkat antarabangsa. Selain daripada sidang ceramah melalui bengkel ilmiah, peserta-peserta juga dilibatkan di dalam program pembinaan karakter dan pembinaan kumpulan, melalui beberapa siri aktiviti pembinaan diri dan dinamika kumpulan yang dikendalikan oleh dua ahli pengakap dewasa yang bertindak sebagai fasilitator pembinaan karakter dan pembinaan dinamika kumpulan iaitu En Zairi Zaharin dan En Shaharuddin. Peserta-peserta yang terlibat didedahkan dengan beberapa simulasi khas berkaitan dengan pembentukkan kumpulan, membina kepercayaan, pembuatan keputusan dan percambahan pemikiran serta beberapa lagi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembinaan karakter individu. Program pada kali ini juga mendapat sentuhan dengan kehadiran Yang Hormat Mej. Gen Dato' Dr Prof Hj Mohd Zin Bidin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, yang telah meluangkan masa bersama-sama dengan ahli-ahli Pengakap Kelana yang terlibat serta merasmikan penutupan program pada 26hb Mac 2017.
Started Ended
Number of participants
33
Service hours
396
Topics
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share