FLOOD RELIEF MISSION KUALA MUDA AND YAN
Saya telah memilih untuk menjadi sukarelawan Kelana Kedah kerana telah mendapat perkhabaran tentang berlaku kejadian fenomena kepala air di Daerah Yan , Kedah dan saya memilih untuk menjadi sukarelawan merupakan anak jati negeri Kedah sendiri, dan disitu jugak saya dapat melakukan kerja -kerja pembersihan di bangunan kerajaan(sekolah), kawasan rekreaksi dan melakukan kerja-kerja pemasangan paip air bersih di sekitar kawasan tersebut.
Projek ini dilakukan di beberapa kawasan di Daerah Yan dan Daerah Kuala Muda negeri Kedah, kami memilih kawasan yang teruk mengalami fenomena kepala air tersebut. Di samping itu, kami juga di bahagi tugas dalam beberapa kumpulan untuk dipecahkan untuk dihantar ke kawasan yang terjejas akibat fenomena tersebut, kami melakukan kerja pembersihan, menghantar bekalan bantuan makanan dan barang - barang seharian seperti baju, tilam dan selimut.
Kesan pada projek ini ialah penduduk setempat dapat hidup dengan suasana yang lebih selesa akibat kerja pembersihan yang dilakukan oleh pihak kami dan penduduk setempat dapat melakukan kerja- kerja harian dengan lebih baik. Selain itu, akibat kerja pemasangan paip bekalan air bersih penduduk tempatan dapat menggunakan air bersih dengan baik seperti digunakan untuk minuman, mandi dan menggunakan untuk aktiviti pertanian.
Apa yang saya dapat daripada projek ini ialah mendapat pengalaman yang baru daripada program pengakap yang selalu saya lakukan. Di samping itu, saya telah dapat pelajari untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli -ahli pengakap kelana yang lain dan bersama untuk bermuafakat antara satu sama lain semasa melakukan projek ini. Akhir sekali, saya dapat juga membantu penduduk tempatan dalam hal - hal yang berkaitan dengan projek tersebut.