first Meeting Distribution of Work Scope
Meeting pertama yang dijalankan adalah bertujuan untuk pengagihan skop kerja masing-masing untuk projek ``Bidong Street Light Solar Lamp '' yang dijangka berlansung pada bulan Julai akan datang. Malah, meeting ini dijalankan untuk melihat bahawa setiap individu mempunyai peranan dalam menjayakan projek ini. Sebagaimana yang kita ketahui, terdapat dua pecahan kumpulan dalam projek ini iaitu kumpulan bahagian pengurusan dan kumpulan bahagian sponsor. Bahkan, pendedahan mengenai skop bahagian kerja masing-masing dapat memudahkan serta melancarkan sistem kerja dalam pasukan untuk menjayakan sesebuah projek yang bakal dijalankan ini. Malah, melihat terhadap skop kerja yang diberikan kepada saya dalam kategori team sponsor adalah merangka draf awalan untuk keseluruhan bajet atau perbelanjaan projek ini di samping meninjau serta mendapatkan dana untuk projek tersebut, begitu juga rakan-rakan yang lain melaksanakan tugasaan mereka mengikut skop kerja yang diberikan oleh pengarah projek ini. Hal ini dapat mewujudkan satu team yang baik dan bekerjasama dalam projek ini serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli pengakap laut UMT buat kali pertama meeting yang diadakan ini dan diharap agar setiap daripada kumpulan kami dapat melaksankan tugasan dengan sebaik mungkin dalam projek ini.