
FIESTA Johor 2017
Southern International Scout Fiesta 2017 telah dilaksanakan di SMK Dato Penggawa Barat, Pontian pada 22 Julai 2017.
FIESTA pada kali ini telah melibatkan lebih kurang 5000 orang peserta dari seluruh negara dan juga melibatkan kontinjen negara Singapura dan Indonesia.
Dalam Fiesta kali ini, pelbagai pameran untuk menambah ilmu kepengakapan murid-murid serta pelbagai pertandingan telah dilaksanakan untuk disertai oleh ahli-ahli pengakap.
Tahniah kepada pihak pengajur kerana telah berjaya melaksanakan satu program pengakap yang menarik dan memupuk semangat persaudaraan dan kepengakapan dalam kalangan ahli-ahli pengakap.