Face Shield For Fight The Pandemic
Profile picture for user danish rifqi_1
Malaysia

Face Shield For Fight The Pandemic

Projek Rovers Face Shield Heroes ini bermula daripada sekumpulan kelana dari daerah Pasir Mas yang dikenali sebagai Pasukan Pengakap Kelana B- Blackflurry rovers yang mana mereka merupakan pencetus idea untuk melakukan projek ini bagi membantu para barisan hadapan negara yang mana memerlukan alat perlindungan muka dalam menangani wabak pandemik COVID-19. Melihatkan kepada satu inisiatif yang baik ini, maka bermula lah projek ini turut dilakukan oleh pelbagai pasukan pengakap di seluruh negeri seperti pengakap kelana negeri Selangor, Perlis, Kedah, Pahang dan sebagainya. Kami dari Kelana Kota Bharu juga turut terlibat dalam membantu dalam penghasilan pelindung muka atau lebih dikenali sebagai perisai muka @ face shield bagi meringankan beban para barisan hadapan negara. Pada 26 Mac 2020, kami memulakan gerak kerja kami dengan mencari segala peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan perisai muka @ face shield yang mana, ianya dihasilkan secara DIY. Seramai 10 orang ahli kelana dan 1 orang pemimpin krew kelana terlibat dalam projek penghasilan pelindung muka ini. Disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan oleh pihak kerajaan, maka kami terpaksa mengecilkan skop gerak kerja dan pergerakan kami. Sebanyak 5 orang daripada krew kelana kami menghasilkan perisai muka tersebut di rumah masing-masing manakala 5 orang krew lagi menghasilkan di rumah salah seorang ahli krew kelana Kota Bharu. Hal ini kerana hanya 5 orang krew pengakap kelana sahaja yang dibenarkan menjalankan operasi penghasilan pelindung muka ini dalam satu masa di tempat yang sama. Ahli krew kelana juga dikehendaki mematuhi segala arahan serta SOP yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti menjaga penjarakkan sosial, isu kebersihan dan keselamatan semasa melaksanakan projek penghasilan pelindung muka ini. Berikut adalah lokasi yang mendapat sumbangan Perisai Muka @ Face Shield yang kami hasilkan ini : - 1) Hospital Raja Perempuan Zainab ii (2000 unit) 2) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (2000 unit) 3) Makmal Kesihatan Awak Kota Bharu (100 unit) 4) Pejabat Kesihatan daerah Bachok (300 unit) 5) Unit Kecemasan Hospital Machang (200 unit) 6) ICU Hospital Kuala Krai (300 unit) 7) Serahan kepada Hospital Kuala Lumpur (2070 unit) 8) Hospital Besut (400 unit) 9) Poliklinik Al- Hafiz (20 unit) Jumlah : Pada awalnya, kami hanya mensasarkan sebanyak 2500 unit sahaja kerana kekurangan tenaga kerja, namun sasaran kami telah berjaya pada hari ke 5 projek pembuatan perisai muka ini. Kami meletakkan sasaran baru sebanyak 6000 unit. Disebabkan kesukaran mendapatkan bahan penghasilan perisai muka serta kekurangan tenaga kerja, maka projek ini mengambil masa selama 15 hari bagi mencapai sasaran kami. Pada 9 April 2020, kami berjaya menghasilkan sebanyak 6500 unit perisai muka. Maka dengan itu, tamatlah fasa projek pertama kami ini di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan untuk fasa pertama dan kedua.
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
90
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Legacy BWF

Share via

Share