EXPERIENCE IS THE ONLY PROPHECY OF WISE MEN

EXPERIENCE IS THE ONLY PROPHECY OF WISE MEN

Kursus SCOUTS OF THE WORLD AWARD (SWA) di Kuala Selangor ini adalah untuk ahli pengakap kelana yang berumur 16 hingga 25 tahun. Kursus SWA pada kali ini telah melibatkan seramai 36 orang ahli pengakap kelana dari seluruh Malaysia. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli kelana tentang world award yang boleh dicapai oleh ahli pengakap. Program ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam. Pada hari pertama, kami memulakan kursus dengan program 'ice-breaking' yang bertujuan untuk mengenali antara satu sama lain. Aktiviti pertama dimulakan pada pukul 5 sehingga 6:30. Kami diberi masa untuk berehat makan mandi dan solat kerana program akan bersambung pada pukul 8:30 malam. Aktiviti pada malam itu adalah untuk memperkenalkan apa itu SWA kepada peserta yang disampaikan oleh tuan Amir Hamzah. Kami diberikan tugasan merancang projek SWA untuk dibentangkan pada hari Ahad. Tugasan ini diberi kepada setiap krew. Seterusnya, pada hari kedua kami bermula dengan istiadat yang dijalankan oleh krew 1. Selepas itu, kami diberi taklimat dan maklumat oleh dua orang pemegang SWA di Malaysia tentang projek SWA yang telah mereka sendiri jalankan. Terdapat 9 orang sahaja pemegang SWA di Malaysia setakat ini. Aktiviti tersebut selesai pada pukul 4:30 dan bersambung pada pukul 5 petang. Aktiviti seterusnya ialah menanam serai di tapak yang telah disediakan. Tetapi, sebelum itu, kami dibawa mengelilingi taman melawati jaya dengan manaiki lori. Itu merupakan pengalaman yang seronok. Kami menanam bersama krew masing-masing dan diberi info tentang kebaikan yang boleh diperolehi daripada serai. Pada sebelah malam, kami diberi masa untuk membuat perbincangan tentang projek yang hendak dibentangkan pada esok harinya. Hari terakhir telah tiba, seperti biasa aktiviti dimulakan dengan istiadat dan sarapan. Setelah selesai kami dikehendaki untuk masuk ke dalam dewan untuk memulakan sesi perbentangan projek krew masing-masing. Setelah selesai aktiviti tersebut, majlis penutup terus diadakan dan sesi bergambar. Aktiviti selesai dan diberi pelepasan untuk pulang pada pukul 1.
Started Ended
Number of participants
36
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share