EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG LEDANG II
Ekspedisi Mendaki Gunung Ledang telah dilaksanakan kali kedua pada tahun ini untuk melatih ahli Pengakap 'outdoor skill' terutama skill kemahiran di dalam hutan serta melatih fizikal ahli Pengakap. Hal ini kerana program kali pertama yang telah dibuat berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan oleh ahli Pengakap 20 dan mereka meminta untuk melakukannya lagi pada masa hadapan. Ekspedisi kali kedua ini adalah lebih mencabar kerana laluan yang dipilih adalah berlainan dengan laluan ketika ekspedisi kali pertama.