
Demontrasi Bantu Mula Peringkat Sekolah
Pada pagi hari ini saya bersama-sama dengan seorang rakan telah mengadakan demontrasi bantu mula kecemasan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Ambangan Heights. Program ini telah dirancang apabila Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum meminta Unit Beruniform Pengakap untuk membuat aktiviti pada perhimpunan pagi hari rabu. Saya juga memilih beberapa orang ahli Pengakap untuk menjadi model bagi saya mendemontrasikan bantu mula ini. Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan murid dapat mengaplikasikannya secara individu apabila beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk mendemontrasikan semula apa yang telah ditunjukkan.