DARI PANTAI TIMUR MENGEMBARA KE KOTA METROPOLITAN

DARI PANTAI TIMUR MENGEMBARA KE KOTA METROPOLITAN

Seramai 24 orang ahli Pengakap dari negeri Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang telah menyertai dengan jayanya Kursus Koordinator Messengers of Peace Peringkat Kebangsaan Zon Timur yang telah diadakan di Pusat Kokurikulum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada ahli Pengakap Kelana serta para Pemimpin dan Penolong Pemimpin. Program ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 7 September hingga 9 September 2018.

Program ini merupakan langkah pertama bagi seseorang yang ingin menjadi Koordinator Messengers of Peace (MoP) di mana para peserta diberikan pendedahan mengenai MoP dan juga panduan untuk menguruskan program. Antara pengisian program yang telah diadakan termasuklah sesi "ice-breaking", pengenalan Messengers of Peace, cara untuk medaftar akaun di scout.org, pembentangan kertas kerja serta kerja secara berkumpulan. Semua peserta berpuas hati dengan pengisian program yang diadakan. Para peserta menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.

Seramai 2 orang peserta dan 2 orang Koordinator dari Pantai Timur iaitu negeri Terengganu yang sanggup mengembara ke Kota Metropolitan Kuala Lumpur bagi menyertai Kursus Koordinator MoP. Jarak bukan penghalang untuk menyertai kursus yang diadakan. Kesungguhan dapat dilihat pabila peserta dari Pantai Timur menggunakan 100% pengangkutan awam bermula dari negeri Terengganu hingga Terminal Bas dan seterusnya ke tempat kurus, Pusat Kokurikulum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam majlis penutup, para peserta telah dipakaikan skaf dan sijil koordinator MoP. Pada akhir majlis, para peserta telah mempersembahkan tarian Messengers of Peace.

Started Ended
Number of participants
24
Service hours
24
Topics
Personal safety
Youth Programme
Legacy BWF
SDGS

Share via

Share