
Cuboree SJKC Negeri Johor 2017
Cuboree SJKC Negeri Johor telah dijalankan pada 29 dan 30 Mei 2017 di SJKC Kuo Kuang, Johor Bahru.
Program ini telah melibatkan 250 orang ahli Pengakap Kanak-kanak SJKC dari negeri Johor.
Antara program yang dilaksanakan pada 29 Mei ialah penguasaan ilmu dan kemahiran pengakap dalam kalangan ahli PKK, aktiviti dijalankan dalam bentuk base. Ilmu pengakap yang perlu dikuasai termasuklah Lambang Pengakap, Cogan kata pengakap, sejarah pengakap, Bendera malaysia, rukun negara, persetiaan dan undang-undang pengakap,pertolongan cemas, simpulan dan ikatan, nyanyian Lagu Negaraku, cerita hutan, uniform pengakap, isyarat sulit, panjat tali, larian 100 meter, balutan, kraftangan dan peraturan dan isyarat berbasikal. Ilmu dan latihan yang disampaikan adalah bertujuan untuk menyediakan murid-murid mendapat lencana Keria Gangsa. Di samping itu, pada hari yang sama, pihak penganjur juga mendapat lawatan daripada pengakap Negara Singapura.
Pada 30 Mei pula, pelbagai pertandingan yang menguji kemahiran pengakap dan kekuatan fizikal serta semangat berpasukan peserta telah dijalankan. Misalnya pertandingan Koleksi Hobi, pertandingan Kawad kaki, pertandingan Tarik Tali, pertandingan halangan fizikal. Selain pertandingan, aktiviti-aktiviti menarik seperti menghasilkan Roket Air dan menyediakan sarapan dalam kumpulan telah dijalankan pada hari yang berkenaan.
Sepanjang program ini, saya telah terlibat secara langsung dalam persiapan program yang dimulakan pada 28 Mei, bertugas sebagai tenaga pengajar untuk Slot Sejarah Pengakap Malaysia pada 29 Mei dan juga guru bertugas untuk susunan hasil koleksi hobi serta Hakim Pertandingan ikatan dan simpulan pada 30 Mei.
Program ini telah memperlihatkan semangat kerjasama yang amat tinggi dalam kalangan barisan pemimpin pengakap dalam penganjuran program yang amat memanfaatkan ahli-ahli PKK. Penglibatan secara langsung dalam program ini juga memberi pengalaman baharu kepada saya dalam menguruskan program besar-besaran sama ada di sekolah, daerah atau negeri pada suatu hari nanti.