Community Service Project 2018
Pada 16 Mei 2018, kumpulan ke-13 Muar telah mengadakan lawatan ke rumah orang tua yang terletak di Parit Unas, Muar, Johor. Seramai 20 orang ahli pengakap telah menyertai aktiviti ini. Kami diiringi oleh seorang guru pengiring dan seorang wartawan telah memberikan bantuan kewangan untuk membawa segala ahli datang ke sini. Beliau juga mendermakan wang kepada rumah orang tua ini. Kami bekerjasama membersihkan kawasan rumah orang tua itu.