Cabaran seorang ketua
Profile picture for user Tan Kuan Tee_1
Malaysia

Cabaran seorang ketua

Pada tahun ini,saya mendapat peluang dan kepercayaan untuk menjadi ketua kepada barisan urusetia dari IPG Kampus Pendidikan Teknik untuk bertugas dalam Jambori di Udara/ Internet di bawah pengendalian PPM Negeri Sembilan. Bilangan urusetia yang berutugas dalam kumpulan kami ialah 16orang termasuk diri saya. Pada awal persediaan untuk kami terlibat dalam JOTA-JOTI ini, segala kerja dokumentasi,surat menyurat dan persediaan pengangkutan dan peralatan yang perlu dibawa untuk memastikan setiap urusetia dapat melibatkan diri dengan baik dan berjaya memberikan sumbangan dalam program yang cukup bermakna ini. Walau bagaimanapun, tugas sebagai seorang ketua adalah penting dan berat untuk menyelesaikan setiap cabaran dan dugaan yang dihadapi. Namun, bantuan dan sokongan dari semua pihak seperti PPM Negeri Sembilan,IPGM,IPG Teknik,barisan jurulatih,akhirnya saya dapat mengharungi setiap dugaan dan cabaran ini dengan tabah dan berjaya menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. Sepanjang tempoh berutugas,saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana kumpulan urusetia di bawah pimpinan saya cukup semangat dan bekerjasama dengan saya dalam pelaksanaan tugas. Mereka telah menjalankan tugas dengan sehabis baik dan menunjukkan semangat yang tinggi dalam memberi sumbangan dalam aktiviti pengakap. Syabas dan tahniah kepada mereka semua.
Started Ended
Number of participants
15
Service hours
360
Topics
Personal safety
Youth Programme
SDGS

Share via

Share