Bersama Eratkan Ukhwah
Profile picture for user Nor Hasniza_1
Malaysia

Bersama Eratkan Ukhwah

Itulah matlamat utama Majlis Iftar Kelana Terengganu yang dianjurkan oleh Majlis Pengakap Kelana Negeri Terengganu pada 9 Jun 2018 bertempat di Taman Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Majlis iftar tersebut telah disertai kira kira 60 orang peserta yang terdiri daripada pengakap kelana, penolong pemimpin dan pemimpin. Majlis ini bertemakan "Santai Kelana", jadi setiap peserta hanya perlu berpakaian santai tapi menutup aurat. Majlis ini tidak dikenakan bayaran kerana setiap peserta dikehendaki membawa bekalan makanan sendiri daripada rumah atau membelinya di bazaar ramadhan yang berdekatan. Solat maghrib dan isyak ditunaikan secara berjemaah di Masjid Terapung Kuala Ibai dan selepas itu majlis BBQ telah diadakan. Secara kesuluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif seperti yang diharapkan oleh pihak penganjur.
Number of participants
80
Service hours
480
Location
Malaysia
SDGS

Share via

Share