BERJALAN UNTUK DAN KERANA CINTA KEPADA KEAMANAN : THE FIRST INTERNATIONAL 5KM WALK FOR WORLD PEACE
Profile picture for user FRIDORINE JEAFRY_1
Malaysia

BERJALAN UNTUK DAN KERANA CINTA KEPADA KEAMANAN : THE FIRST INTERNATIONAL 5KM WALK FOR WORLD PEACE

Sempena Sambutan Hari Keamanan Sedunia, kami berpeluang menyertai acara THE FIRST INTERNATIONAL 5KM WALK FOR WORLD PEACE pada 21 September 2019 (Sabtu) di Rumah BP, Kota Kinabalu yang dianjurkan oleh International Association of Educators for World Peace (IAEWP) dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS). Program ini merupakan satu usaha murni di dalam memberi kesedaran serta menggalakkan semangat dan cinta kepada keamanan sejagat secara berterusan. Syukur dapat menyertai program ini kerana penyertaan adalah terhad dan sambutan adalah sangat menggalakkan. Laluan 5KM berjalan untuk keamanan ini bermula dari Rumah BP yang disertai oleh lebih kurang 800 peserta yang terdiri daripada ahli Pengakap dan bukan ahli Pengakap. Pengalaman mengibarkan bendera negara Malaysia dan bendera negeri Sabah pada sepanjang 5 kilometer merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan dan berjaya menarik perhatian orang ramai (yang bukan peserta) apabila kesemua peserta berjalan di sepanjang lorong atau laluan pejalan kaki. Setelah menamatkan perjalanan sejauh 5 kilometer, kami kemudiannya diberikan sijil dan medal sebagai bukti tamat dan berjaya menyempurnakan The First International Walk For World Peace. "Nobody Can Bring You Peace But Yourself ~ RWE"
Number of participants
800
Service hours
4800
Topics
Legacy BWF
Youth Engagement
Youth Programme
Personal safety

Share via

Share