Bengkel TOT WSEP & LNT
Profile picture for user Hanafie Hamadon_1
Malaysia

Bengkel TOT WSEP & LNT

Pada 12hb hingga 14hb April 2019, Bengkel Training of Trainers (TOT) World Scout Environment Program dan Leave No Trace telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah di Scout Nature Park, Sandakan. Bengkel ini telah memperkenalkan para peserta kepada World Scout Environment Programme dan amalan Leave No Trace. Seramai 49 peserta dari seluruh Sabah dan beberapa orang dari Negara Brunei telah menerima manfaat. Jurulatih pula dari Malaysia dan Taiwan. Peserta telah menerima pelbagai ilmu baru dalam kepengakapan yang boleh disampaikan kepada semua lapisan masyarakat. Penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Datuk Dr Awang Zaini Hj Suntim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah.
Started Ended
Number of participants
49
Service hours
1176
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Youth Programme

Share via

Share