BANZAI ROVERS DI HARI KANTIN (SK BUKIT GARAM II)
Malaysia

BANZAI ROVERS DI HARI KANTIN (SK BUKIT GARAM II)

Sekolah Kebangsaan Bukit Garam II telah mengadakan Hari Kantin pada 12 dan 13 November 2019. Oleh itu, ahli Banzai Rovers telah mengambil peluang ini untuk melibatkan diri dalam Hari Kantin tersebut. Seramai 15 orang ahli Banzai Rovers melibatkan diri secara bergilir-gilir dalam aktiviti tersebut. Mereka telah menyediakan jualan-jualan yang sering menjadi permintaan para pelajar "SKBGII" seperti nugget, sosej, bebola ketam, aiskrim serta Beyblade yang menjadi salah satu tarikan kepada para pelajar untuk datang ke gerai jualan Banzai Rovers. Dengan penglibatan Ahli Banzai Rovers dalam aktiviti membuka gerai jualan ini di Hari Kantin SKBGII telah memupuk semangat bekerjasama serta sikap berusaha dalam mencapai sesuatu yang diingini. Mengumpul dana untuk kegunaan Ahli Banzai Rovers merupakan salah satu matlamat utama penglibatan Banzai Rovers di Hari Kantin SKBGII.
Started Ended
Number of participants
500
Service hours
6000
Location
Malaysia
Topics
Youth Engagement
Personal safety
SDGS

Share via

Share