Ayuh Siap Sedia
Pada 4 hingga 5 Julai 2018, para sekretariat Korobori Kebangsaan 2018 telah diminta untuk melaporkan diri masing-masing di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu.
Tujuan para sekretariat diminta untuk lapor diri lebih awal dari tarikh sebenar Korobori Kebangsaan adalah untuk bersiap sedia bagi memastikan Korobori Kebangsaan berjalan lancar.
Dalam tempoh dua hari tersebut, bermacam aktiviti telah dilakukan seperti membersihkan tapak perkhemahan, memasang khemah bagi para petugas, mendirikan pintu gerbang di tapak kontinjen masing masing dan lain lain.