Anual Grand Meeting Unit Kelana G

Dapat mengenali ahli jawatankuasa baru bagi unit kelana G tahun 2019/2020 serta dapat mengetahui perangkaan aktiviti bagi 6 bulan pertama.
Majlis Anual Grand Meeting Griffin Rovers yang berlangsung pada 30 Mar 2019 bertempat di Ibu Pejabat Pengakap Negeri Pahang. Seramai 30 orang ahli pengakap yang terdiri daripada pengakap kelana serta pemimpin unit G Kuantan Pahang. Agenda dan isu yang dibincang dan disampaikan ialah mengenai perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi unit kelana G bagi tahun 2019/2020 serta perangkaan aktiviti bagi 6 bulan pertama.
Impak yang boleh didapati daripada Anual Grand Meeting ialah saya dapat berjumpa dengan ahli baru dan ahli lama di dalam unit kelana G . Selain itu saya juga dapat berbincang dan mengetahui mengenai isu - isu pengakap bersama ahli pengakap yang lama di unit kelana G.
Apa yang saya pelajari semasa menghadiri Anual Grand Meeting ini ialah saya dapat mengetahui rangka perancangan program bagi unit kelana G . Selain itu, saya juga dapat mengenali ahli pengakap baru dan juga ahli pengakap yang lama serta dapat mengeratkan ukhwah bersama mereka.
Number of participants
30
Service hours
180
Beneficiaries
30
Location
Malaysia
Topics
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Youth Programme

Share via

Share