
Aktiviti Unit Beruniform
Pada minggu ini, aktiviti Unit Beruniform mengadakan kuiz pencegahan Virus Zika. Seperti yang kita maklum, kebanyakan sekolah telah mengadakan kempen besar-besaran bagi mencegah wabak ini daripada menular dikalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, pihak Sekolah Kebangsaan Ambangan Heights telah mengadakan kempen cegah Virus Zika sepanjang minggu ini. Oleh yang demikian, Unit Beruniform Pengakap telah merancang untuk mengadakan kuiz Cegah Virus Zika. Kuiz ini dijalankan bagi melihat sejauh mana murid-murid khususnya ahli Pengakap sekolah faham tentang virus ini. saya bersama-sama dengan seorang lagi rakan telah bertungkus lumus menyediakan soalan-soalan yang sesuai untuk diberikan kepada murid sekolah rendah. Alhamdulillah kuiz ini berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya seperti yang telah dirancang.