Aktiviti khidmat masyarakat bagi mengecat Sekolah Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB)

Aktiviti khidmat masyarakat bagi mengecat Sekolah Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB)

Aktiviti khidmat masyarakat bagi mengecat Sekolah Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB)

 

HURAIAN

Pasukan Pengakap Kelana 1102 Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) seramai 24 orang telah mengikuti khidmat masyarakat di sekolah Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (Sekolah PGGMB) Sungai Akar sempena dengan Hari Bertindak (DoA). Program ini juga dibantu oleh Sukarelawan Persatuan Pelajar Undang-undang Asia Brunei Darussalam (ALSA Brunei), Persatuan Mahasiswa Undang-undang Negara Brunei Darussalam dan Persatuan Pelajar Syariah dan Undang-undang (ShaLawSoc) dan Persatuan Mahasiswa Syariah dan Undang-undang UNISSA.

Program ini dijalankan selama dua hari iaitu hari isnin (21/12/2020) dan hari rabu (23/12/2020). Pada pukul 8 pagi, semua ahli-ahli pengakap, guru-guru kanan dan guru-guru sekolah PGGMB dan lainnya berkumpul di dewan bagi memulakan program ini dan mendengarkan sedikit ucapan dari pengetua sekolah PGGMB Sungai Akar iaitu Haji Ali@ Mustapha bin Haji Talip. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Yang DiPertua PGGMB yang juga selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap iaitu Haji Awang Badar Bin Haji Awang Ali dan dari Perseketuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

Setelah itu, barulah peserta dibahagikan kepada enam kumpulan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan bagi menceriakan sekolah PGGMB. Antara tugasan yang dijalankan ialah mengecat bangunan pengawal keselamatan, Kawasan tangga sekolah, kantin sekolah, melukis dan mengeecat mural pada dinding bilik darjah pra. Tujuan khidmat masyarakat ini dijalankan ialah untuk meningkatkan jati diri bagi setiap ahli pengakap kelana dan juga mengisi lapang semasa cuti sekolah dengan melakukan yang berfaedah.

 

Started Ended
Number of participants
24
Service hours
432
Location
Brunei Darussalam
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share