Akhirnya Tamat Berkursus Peringkat 3
Profile picture for user Tan Kuan Tee_1
Malaysia

Akhirnya Tamat Berkursus Peringkat 3

Kursus Manik Kayu Peringkat Tiga, Bahagian 2 telah berjaya dilaksanakan pada 3 hingga 5 April 2015. Dengan pengalaman yang ada sebelum ini, kali ini saya juga diamanahkan untuk menjadi ketua kepada lima orang peserta kursus dari IPG Kampus Pendidikan Teknik. Selain menghadiri slot-slot kursus, peserta kursus juga dikehendaki melengkapkan rancangan pengajaran dan menjalankan sesi pengajaran mikro dalam sekawan masing-masing dan diberi penilaian oleh pensyarah pembimbing. Dalam kursus kali ini, saya berasa sangat gembira kerana dapat berkenalan dengan kawan-kawan dari IPG Kampus Pendidikan Islam dengan lebih rapat dan bersama-sama dengan mereka menjalankan semua aktiviti dan menyempurnakan semua tugasan. Ahkirnya, kelima-lima peserta dan 70 orang peserta kursus dari IPG Kampus Pendidikan Islam telah berjaya menamatkan kursus untuk peringkat 3 dan diberi "lampu hijau" untuk teruskan ke Amali Mengajar di sekolah untuk mendapat perkalungan manik kayu dua butir. Terima kasih kepada semua jurulatih, pensyarah pembimbing dan rakan-rakan seperjuangan.
Started Ended
Number of participants
75
Service hours
120
Topics
Personal safety
Youth Programme
SDGS

Share via

Share