Malaysia

AGM Griffin Rovers 19/20

Annual Grand Meeting bagi kelana G Kuantan telah diadakan di Pejabat Majlis Pengakap Negeri Pahang yang terletak di Kuantan, Pahang yang disertai 30 ahli pengakap kelana G termasuk pemimpin.

Mesyuarat telah diadakan bertujuan untuk memurnikan carta organisasi pengakap kelana G, melantik ahli jawatankuasa baru bagi tahun 2019/2020, serta perangkaan aktiviti sepanjang 6 bulan pertama yang bakal dijalankan oleh kelana G. Setelah selesai agenda mesyuarat dijalankan, penangguhan mesyuarat telah dirasmikan oleh Tuan Zainal Abidin selaku pemimpin pengakap (udara) bagi daerah Kuantan

Sebuah ahli jawatankuasa baharu yang sistematik telah ditubuhkan bagi pengakap kelana G Udara Daerah Kuantan yang sudah tentu membuka peluang kepada muka-muka baharu untuk belajar menguruskan tugas masing-masing dengan efisien.
Daripada AGM yang telah dijalankan, saya dapat mengenali ahli pengakap kelana G baharu dan lama yang bakal saya bekerjasama. Selain itu juga saya telah diberi tanggunjawab selaku exco Perhubungan Luar yang dibimbing oleh rakan penagakap yang lebih berpengalaman bagi mengelakkan kecuaian berlaku sebagai ahli baru dalam unit pengakap kelana G tersebut.
Number of participants
30
Service hours
120
Beneficiaries
30
Location
Malaysia
Topics
Youth Engagement
Youth Programme
Communications and Scouting Profile

Share via

Share