2nd Sarawak MoP Gathering
Pada 8 dan 7 April telah berlangsung 2nd Sarawak MoP Gathering bertempat di Pusat Latihan Jabatan Laut Cawangan Miri, Sarawak. Lokasi yang stategik untuk aktiviti kelautan ini dipoilih hasil daripada perbincangan Akademi Pengakap Sarawak dengan Jabatan Laut Sarawak untuk menjadikan pusat latihan ini sebagai pusat latihan bersepadu bagi Pengakap Laut Sarawak
Program ini telah disertai oleh 5000 peserta dari Labuan, Sarawak, Sabah, Indonesia dan Brunei. Para peserta telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti Semaphore, tarian MoP, Alele, Pameran, Persembahan kebudayaan dan macam-macam lagi.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Brunei, Tn, Hj, Badar telah hadir dalam program ini. Program ini merupakan program besar bagi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak yang baru iaitu Kapten Zainuddin, Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan sulaturrahim antara pengakap di Pulau Boneo. Disamping itu Jabatan Laut juga telah menandatangani MoU Persefahaman dengan pengakap Sarawak untuk melatih pengakap Sarawak dengan aktiviti kelautan sesuai dengan aktiviti pengakap Laut.